Thursday 10 November 2016

SELINGAN LAGI

Masih belum berkesempatan membuat artikel lengkap pasal urusan PESAKA.. Maaf jugak atas kelewatan menjawab soalan2 berkaitan tanah dalam ruang komen.. Berasap gak sesekali dapat soalan tahap cepu emas. Apa pun insyaAllah saya akan cuba bantu dalam upaya saya dan mudah-mudahan urusan tanah tuan/puan dapat diselesaikan.. 2017 is just around the corner, tapi sempena bulan Nov ni, kita layan dulu November Rain....

Monday 24 October 2016

HARTA PUSAKA & Serba mak nenek berkaitan

Ramai jugak orang dok PM2, Wassap awok pasal harta pusaka ni... actually harta pusaka ni bawah UNIT PESAKA.. tapi dah awok pun jenis suka nyebuk kerojer orang, sikit sebanyak tahu jugak la camana nak buat.. InsyaAllah tengah kumpul2 idea camana nak terangkan benda alah urusan pusaka ni supaya idak la komer2 kena ngecek (kelentong) hidup2 ajer...

Post ni 23/10-2016... hari ni udah 8/2-2017 baru cukup idea/bahan nak terangkan.. nampak beno susahnya pesaka ni kan or mungkin betapa pemalasnya awok..(sapa komen awok malas terus awok delete post ni nanti...ngeeeeee)

Penerangan ringkas pasal pesaka sebab bukannya komer rajin beno nak baca panjang2..

Apa itu Pesaka?
Maksud Pesaka ialah harta-harta peninggalan si mati atau paling mudah segala tanah-tanah, rumah-rumah, factory-factory, ladang-ladang (harta tak alih) dan duit dalam akaun bank, tabung haji, ASB dan kereta motor (harta alih) atas nama si mati. Semua yang tertulis hanya boleh dipindah milik kepada waris melalui proses BICARA KUASA.

Bidang Kuasa
Mahkamah Tinggi (Akta Probate dan Pentadbiran 1959)
- Nilaian harta tak alih atau harta alih atau campuran keduanya melebihi RM 2 juta
- Meninggalkan wasiat walaupun nilaian < RM 2 juta

Pej. Tanah (Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
- Nilaian harta tak alih sahaja atau campuran harta alih kurang dari RM 2 juta
- Tiada wasiat

Amanah Raya Berhad (Akta Perbadanan ARB 1995)
- Si mati hanya memiliki harta alih sahaja
- Nilaian kurang < RM 600,000.00

Saya cuma akan tumpu pada berkaitan Pejabat Tanah sahaja... Untuk prosedur di Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad tengokla kalau ada kerajinan.

Bicara Kuasa di Pejabat Tanah

SEK. 3(2) AKTA 98 
- Harta simati yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian harta tak alih, yang terletak dalam mana-mana negeri dan nilaiannya tidak melebihi RM 2 JUTA 
- Simati tidak meninggalkan wasiat dibawah Akta Wasiat 1959

     Maknanya, kalau si mati ada 10 hektar tanah atau 10 ekar tanah atau 1 ekar tanah atau  2' x 3' x 7' sekalipun, asalkan nama si mati ada tertulis dalam geran di mana-mana negeri dalam Malaysia, maka waris-waris beliau boleh memohon untuk proses bicara kuasa di mana-mana pejabat tanah.
   
     Maksud mana-mana, andai si mati ada tanah di Perak, Johor dan Perlis, maka waris boleh mengumpulkan semua maklumat tanah di negeri-negeri berkenaan dan buat bicara kuasa di mana-mana daerah terletaknya tanah tersebut di antara 3 negeri.
     Contoh : Arwah ayah ada tanah
                   di Perak 1/4 ekar (Daerah Hilir Perak)
                   di Johor 100 hektar (kaya-kaya)
                   di Perlis 50 hektar (dah rupa satu Perlis ayah dia punya)
Permohonan bicara kuasa boleh dikumpulkan dan dibuat di Perak (Daerah Hilir Perak)
 
      Kalau ada yang tanya saya "Arwah ayah ada tanah kat Perak, Johor dan Perlis tapiiiiii saya nak buat kat Pahang sebab rumah saya sebelah Pejabat Tanah saja"
     Jawapan saya, "BOLEHHHHHH, tapi kamu kena la suruh arwah ayah kamu beli dulu tanah kat Pahang sebelum dia meninggal"... Kira nak senang kamuuuu ajer... cer belajar ikut peraturan sikit, penat tau nak karang ayat. Fahamkan camana.. so NEXT step pasal permohonan pulak.

Sapa yang boleh memohon 
Antara orang yang berhak memohon untuk pesaka ni...
1 - Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan,

      ibu atau bapa, 
2 - Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
3 - Pemiutang dan pengkaveat;
4 - Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
5 - Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
6 - Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
7 - Amanah Raya Berhad . 


Cara membuat permohonan
Nak mohon untuk pesaka kecil ni kena la isi Borang A (nanti awok bagi link untuk cara isi)

Setiap permohonan WAJIB sertakan :
1 - Bukti Kematian

     i)     Sijil kematian/permit menguburkan; atau
    ii)     Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan 
            jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan 
            Jepun dan sebelumnya; atau 
    iii)    Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah 
           Tinggi  dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa
           pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan 
           perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh 
           berlakunya kejadian. 
(Bukti kematian ni selaluuuuu sangat orang bagi alasan dah hilang bagai, udah 15 tahun arwah meninggal baru terhegeh nak buat pesaka dan paling best udah kata pejabat tanah banyak cengkadak nak itu ini... waris sepesis camni elok dia yang gantikan tempat arwah tu)
Antara cara nak dapatkan bukti kematian (bagi yang dalam 10-15 tahun meninggal ni, boleh cuba dapatkan dari Jabatan Pendaftaran Negara sebab bila sapa-sapa meninggal dunia, kan ada borang yang perlu dihantar kat JPN tu.. soo mungkin mereka boleh bantu dari segi itu)

2 -  Dokumen Harta Tak Alih 
     i)   Salinan hakmilik (geran) yang diakui sah oleh Pejabat Tanah 
     ii)   Perakuan Carian Persendirian / Rasmi yang menunjukkan pegangan 
          harta tak alih simati atau surat  perjanjian jualbeli bagi rumah yang 
          belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi 
          kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit 
          cukai tanah (jika ada). 
(Carian Persendirian / Rasmi ni kena beli dari Pejabat Tanah di mana tanah tersebut berada. Kalau ada tanah di Perak (Daerah Hilir Perak) dan Johor (Daerah Mersing), kena la pergi dua-dua tempat ni untuk beli Carian Persendirian / Rasmi. Harga dokumen ni berbeza ikut negeri jadi tepon la dulu daerah berkenaan. Nombor tepon boleh dapatkan dari www.google.com ruangan SEARCH sendiri)

3 - Salinan dokumen harta 
     i)   Harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, 
          salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya
          yang terkini. 

Borang A dan cara nak ngisinya pulak... sambunggggggg


Monday 26 September 2016

KAVEAT TANAH

MENATANG apa dan KEPENTINGANNYA


      Selain "JUAL, BELI, GADAI", perkataan KAVEAT ni ramai yang orang kurang tahu atau Xberapa nak ambik tahu sebab kononnya Xpenting. Sepatutnya, antara urusan "JUAL dan BELI" di tengah2nya patut ada KAVEAT. "
     
     Sembang :-
                        Ali nak beli tanah. Jumpa Abu (penjual). Nego2 dan setuju bayar downpayment. Pergi tandatangan Pindah Milik. Settle semua then bayar full payment. Dalam geran baru pun potong nama Abu masukkan nama Ali. HAPPY ENDING.............. kalau la semua urusan camtu, memang aman la dunia

    Sembang 2 :-
                        Ali nak beli tanah. Jumpa Abu (penjual). Nego2 dan setuju bayar downpayment. Pergi tandatangan Pindah Milik.
 Kes 1 - 
Dah tandatangan dan settle semua urusan Ali XBAYAR full payment sedangkan tanah dah bertukar nama
                        
Kes 2 - 
Dah bayar downpayment tapi sebelum selesai PINDAHMILIK, Abu jual pulak tanah yang sama kat orang lain.
Kes 3 - 
Salah seorang meninggal sebelum selesai urusan then WARIS ABU nak buat bangang. Duit dapat tanah pun masih nama arwah bapa.
Kes 4 - 
Segala macam versi yang boleh dibayang / Xterbayangkan selain dari versi HAPPY ENDING

JADI... MENATANG APAKAH KAVEAT NI???

     Terma dalam KTN - “KAVEAT” ertinya kaveat berdaftar mengikut tafsiran di bawah Seksyen 5 KTN. Kaveat merupakan suatu mekanisma yang menghalang pendaftaran urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) untuk melindungi kepentingan pihak tertentu.


Bahasa pasarnya, untuk jaga kepentingan individu terhadap hak beliau ke atas keseluruhan atau sebahagian tanah tersebut.
Muka Surat 1
Muka Surat 2

Kaveat ni ada 4 jenis sebenarnya. Tapi yang paling orang awam guna hanya KAVEAT PERSENDIRIAN ajer. Jadi Xpayah la nak tepukan kepala otak nak tahu lagi 3 tu. Yang satu ni pun belum tentu komer guna :)




     DOKUMEN YANG DIPERLUKAN.

i) Orang Perseorangan/Syarikat Kewangan

· Borang 19B yang lengkap diisi

· Surat Akuan Sumpah

 · Dokumen yang berkaitan seperti perjanjian jual/beli (jika perlu)

· Salinan fotostat pelan tanah (untuk kaveat persendirian atas sebahagian tanah)

Wang tunai RM150.00 (ingat urusan ni freeeeeeee ke pun)

     Hantar ajer ke Unit Pendaftaran Tanah, dalam masa 2 jam, tanah tersebut akan dihalang dari segala urusniaga tanpa persetujuan PENGKAVEAT. Walaubagaimanapun, sekatan ini hanya untuk tempoh 6 tahun dari tarikh masuk KAVEAT yer. Kalau nak sambung, kena la lengkapkan balik semua dokumen tu, dan hantar semula ke Unit Pendaftaran Tanah. ingat bayar RM150.00 tu utk selamanya???? 

SELAIN KES 1-4, APA LAGI KEGUNAAN KAVEAT


     Selain kes JUAL - BELI, banyak lagi kes lain yang menyebabkan tanah DIKAVEAT. Ada sebab yang munasabah, yang kelakar, yang xmasuk akal (biasanya pejabat akan tolak), yang awok sendiri pun menung like this also can???. Bawah ni awok sertakan la sikit2 contoh yang pernah awok jumpa yer...

1- Tanah di pajak utk tempoh XX, tapi sebelum tamat tempoh, tuan tanah nak jual/gadai. Pemajak boleh kaveat untuk jaga kepentingan beliau

2- Harta sepencarian. Rumah/tanah nama suami/bapa, tapi yang membayar selama ni ibu/isteri. Bila suami/bapa nak kawin lain udah semua nak dijualnya. Biasa kes ni anak2 yang KAVEAT sebab Xnak rumah/tanah dapat kat isteri baru bapa. (versi kes mcm ni memang tahan telinga dengar luahan perasaan dema kat kaunter but still kita akan nasihatkan apa yang perlu dibuat)

3- PESAKA. Adik - beradik Xpuas hati dengan pembahagian harta pusaka. Abang tipu borang, Kakak tipu borang, Pak long tipu borang, Bini adik tipu borang dan segala macam tipu2. KAVEAT la tanah tu.. apa pun Xboleh buat untuk tempoh 6 tahun.. senang cerita

4- Orang tua dikelentong untuk tandatangan borang PINDAHMILIK. Kalau anak2 atau tuan tanah cepat sedar mereka tersilap tandatangan, cepat2 datang Pej. Tanah untuk KAVEAT tanah tu. (ada kes yang saya bantu, dah sebulan tandatangan borang PINDAHMILIK, hari ni dia tepon saya tanya pendapat, esoknya tuan tanah datang tuk KAVEAT, boleh bertembung dengan orang yang kelentong dia. Selamat dia KAVEAT segera.)

5- Nanti la saya update lagi cerita kalau teringat... Bukan komer rajin nak baca sampai habis pun...

KAVEAT LAH SEKIRANYA KORANG ADA SEBARANG KEPENTINGAN ATAS TANAH TERSEBUT. BAYARAN RM150.00 UTK TEMPOH 6 TAHUN XCUKUP PUN NAK BAYAR TIKET PERGI HAJI BALIK HARI TAPI MEMBOLEHKAN KORANG PERGI HAJI DENGAN TENANGGGGGGGG.......

Thursday 7 January 2016

Pengiraan Duti Setem untuk Pindah Milik Tanah

Atas soalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca, awok pun kena la buat sedikit carian maklumat terlebih dahulu.. Maklumla bab-bab pengiraan duti setem ni bukanla bidang awok, tapi dah kena sipi-sipi ngan urusan pindah milik tanah tu, so kena la ambik tahu jugakkan...

Setiap urusan pindah milik tanah, penerima pindah milik tu akan dikenakan Duti Setem. Duti Setem ini dikira berdasarkan harga tanah yang dinyatakan dalam Borang 14a atau mengikut nilai pasarannya, yang mana lebih tinggi. (Keroje JPPH)

Bila namanya Duti Setem ni dah tentu la keroje Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bila Borang 14a tu dah siap isi, kena la hantar terlebih dahulu ke LHDN. LHDN pulak akan hantar satu salinan ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang akan menilai semula tanah tersebut. Kalau rasa nak letak harga rendah untuk kurangkan Duti Setem, toksah harap ler...hehe

Di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949 (Akta 378), kadar duti dikira seperti berikut :
  • 1% bagi RM100,000 pertama ;
  • 2% bagi RM400,000 berikutnya; dan
  • 3% bagi baki berikutnya.
Pautan dari website LHDN berkaitan Perintah Duti Setem

- Pada tahun 2007 Warta Kerajaan PU(A) 420 (2007) menyatakan pindah milik antara suami kepada isteri dan sebaliknya dikecualikan dari Duti Setem

PU (A) 434 (2002) - Pindah milik antara ibu/bapa kepada anak (vivos transfer) atau senang pahamnya pemberian kasih sayang dikenakan 50% dari nilai Duti Setem yang dikenakan

Nak mudahkan pengiraan, boleh le test kalkulator yang ada kat website JPPH ni :