Saturday 30 August 2014

Cara MENGIRA KELUASAN TANAH / BAHAGIAN


Ramai juga orang awam yang bertanya kat aku, "camana nak tahu keluasan tanah dan berapa luas bahagian dia". Sebenarnya bahagian ni bukanlah urusan di kaunter aku, tapi kalau mesin QMS aku xde public lain yang menunggu dan aku berada di tahap rajin, then aku akan tolong tunjukkan.

Maklumat tu sebenarnya dah ada dalam Geran Tanah cuma terlalu umum. Kalau kat geran tulis 4 ekar dan 4 orang pemilik dengan 1/4 bahagian setiap sorang then orang biasanya faham bahagian dia 1 ekar sahaja. Tapi bila ada 2 hektar, 2 ekar, 2 rood, 20 pole pastu pemilik ada 10 orang dengan berlainan bahagian, masa tu la tahap pening dan konfius akan meningkat. Simple matematik tapi renyah (leceh) punya kerja.



Maklumat keluasan tanah seperti contoh di atas ada dalam kotak merah tu. 1.4897 hektar atau 3 ekar, 2 rood dan 29 pole
SI units (Metric )
1 hektar = 10,000 sq meters

Non SI units
1 hektar = 2.471 ekar
1 ekar = 43,560 kaki persegi
1 ekar = 4 rood
1 rood = 40 pole
1 rood = 10,890 kaki persegi
1 pole = 272.25 kaki persegi
1 sq meter = 10.76381 kaki persegi

Sunday 24 August 2014

Cerita Selingan

Assalam… lama sungguh xde update baru pasal urusan2 tanah ni.. bukannya xde idea tapi atas masalah kesihatan, raya pertama dah tumbang.. merasa la 3 ketul ketupat ajer… 9 hari terbaring dan 13 hari tersadai dalam wad operate perut sebab ada internal bleeding. Alhamdulillah kesihatan beransur baik dan dah ready 2-3 draft urusan tanah untuk diupdate kat blog ni.. tunggu nak touch up sana sini sikit ajer la.. harap bersabar dan Selamat Hari Raya..hehe