Monday 26 September 2016

KAVEAT TANAH

MENATANG apa dan KEPENTINGANNYA


      Selain "JUAL, BELI, GADAI", perkataan KAVEAT ni ramai yang orang kurang tahu atau Xberapa nak ambik tahu sebab kononnya Xpenting. Sepatutnya, antara urusan "JUAL dan BELI" di tengah2nya patut ada KAVEAT. "
     
     Sembang :-
                        Ali nak beli tanah. Jumpa Abu (penjual). Nego2 dan setuju bayar downpayment. Pergi tandatangan Pindah Milik. Settle semua then bayar full payment. Dalam geran baru pun potong nama Abu masukkan nama Ali. HAPPY ENDING.............. kalau la semua urusan camtu, memang aman la dunia

    Sembang 2 :-
                        Ali nak beli tanah. Jumpa Abu (penjual). Nego2 dan setuju bayar downpayment. Pergi tandatangan Pindah Milik.
 Kes 1 - 
Dah tandatangan dan settle semua urusan Ali XBAYAR full payment sedangkan tanah dah bertukar nama
                        
Kes 2 - 
Dah bayar downpayment tapi sebelum selesai PINDAHMILIK, Abu jual pulak tanah yang sama kat orang lain.
Kes 3 - 
Salah seorang meninggal sebelum selesai urusan then WARIS ABU nak buat bangang. Duit dapat tanah pun masih nama arwah bapa.
Kes 4 - 
Segala macam versi yang boleh dibayang / Xterbayangkan selain dari versi HAPPY ENDING

JADI... MENATANG APAKAH KAVEAT NI???

     Terma dalam KTN - “KAVEAT” ertinya kaveat berdaftar mengikut tafsiran di bawah Seksyen 5 KTN. Kaveat merupakan suatu mekanisma yang menghalang pendaftaran urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) untuk melindungi kepentingan pihak tertentu.


Bahasa pasarnya, untuk jaga kepentingan individu terhadap hak beliau ke atas keseluruhan atau sebahagian tanah tersebut.
Muka Surat 1
Muka Surat 2

Kaveat ni ada 4 jenis sebenarnya. Tapi yang paling orang awam guna hanya KAVEAT PERSENDIRIAN ajer. Jadi Xpayah la nak tepukan kepala otak nak tahu lagi 3 tu. Yang satu ni pun belum tentu komer guna :)




     DOKUMEN YANG DIPERLUKAN.

i) Orang Perseorangan/Syarikat Kewangan

· Borang 19B yang lengkap diisi

· Surat Akuan Sumpah

 · Dokumen yang berkaitan seperti perjanjian jual/beli (jika perlu)

· Salinan fotostat pelan tanah (untuk kaveat persendirian atas sebahagian tanah)

Wang tunai RM150.00 (ingat urusan ni freeeeeeee ke pun)

     Hantar ajer ke Unit Pendaftaran Tanah, dalam masa 2 jam, tanah tersebut akan dihalang dari segala urusniaga tanpa persetujuan PENGKAVEAT. Walaubagaimanapun, sekatan ini hanya untuk tempoh 6 tahun dari tarikh masuk KAVEAT yer. Kalau nak sambung, kena la lengkapkan balik semua dokumen tu, dan hantar semula ke Unit Pendaftaran Tanah. ingat bayar RM150.00 tu utk selamanya???? 

SELAIN KES 1-4, APA LAGI KEGUNAAN KAVEAT


     Selain kes JUAL - BELI, banyak lagi kes lain yang menyebabkan tanah DIKAVEAT. Ada sebab yang munasabah, yang kelakar, yang xmasuk akal (biasanya pejabat akan tolak), yang awok sendiri pun menung like this also can???. Bawah ni awok sertakan la sikit2 contoh yang pernah awok jumpa yer...

1- Tanah di pajak utk tempoh XX, tapi sebelum tamat tempoh, tuan tanah nak jual/gadai. Pemajak boleh kaveat untuk jaga kepentingan beliau

2- Harta sepencarian. Rumah/tanah nama suami/bapa, tapi yang membayar selama ni ibu/isteri. Bila suami/bapa nak kawin lain udah semua nak dijualnya. Biasa kes ni anak2 yang KAVEAT sebab Xnak rumah/tanah dapat kat isteri baru bapa. (versi kes mcm ni memang tahan telinga dengar luahan perasaan dema kat kaunter but still kita akan nasihatkan apa yang perlu dibuat)

3- PESAKA. Adik - beradik Xpuas hati dengan pembahagian harta pusaka. Abang tipu borang, Kakak tipu borang, Pak long tipu borang, Bini adik tipu borang dan segala macam tipu2. KAVEAT la tanah tu.. apa pun Xboleh buat untuk tempoh 6 tahun.. senang cerita

4- Orang tua dikelentong untuk tandatangan borang PINDAHMILIK. Kalau anak2 atau tuan tanah cepat sedar mereka tersilap tandatangan, cepat2 datang Pej. Tanah untuk KAVEAT tanah tu. (ada kes yang saya bantu, dah sebulan tandatangan borang PINDAHMILIK, hari ni dia tepon saya tanya pendapat, esoknya tuan tanah datang tuk KAVEAT, boleh bertembung dengan orang yang kelentong dia. Selamat dia KAVEAT segera.)

5- Nanti la saya update lagi cerita kalau teringat... Bukan komer rajin nak baca sampai habis pun...

KAVEAT LAH SEKIRANYA KORANG ADA SEBARANG KEPENTINGAN ATAS TANAH TERSEBUT. BAYARAN RM150.00 UTK TEMPOH 6 TAHUN XCUKUP PUN NAK BAYAR TIKET PERGI HAJI BALIK HARI TAPI MEMBOLEHKAN KORANG PERGI HAJI DENGAN TENANGGGGGGGG.......