Thursday 10 July 2014

Riwayat Perjalanan BORANG 14A aka PINDAHMILIK TANAH

Selepas selesai mengisi Borang 14A tu, tibalah masa untuk menghantarnya untuk proses berikutnya. Post kali ni adalah untuk menerangkan prosedur2 yang perlu dilalui. Bagi yang belum tahu camna nak isi Borang 14A ni boleh la clik disini disini disini

Langkah 1
Bawa Borang 14A tu ke Unit Pendaftaran Tanah. Bayaran RM10.00 akan dikenakan sebagai Bayaran Penyaksian. Selepas tu, pendaftaran dalam SISTEM SELAMAT akan dibuat untuk pemilik asal sahaja. Settle disitu, baru dibawak jumpa Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa untuk LANGKAH 2
Langkah 2
Semua ruangan TARIKH, TANDATANGAN yang aku mintak dikosongkan, akan disempurnakan di hadapan Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa

Untuk memudahkan kerojer, PEMILIK ASAL DAN BAKAL2 PEMILIK BARU ada bersama untuk sama2 tandatangan. Tak payah nak 2-3 kali kerojer..banyak benda lain boleh buat.
Dokumen yang perlu dibawa bersama -
Kad pengenalan semua yang terlibat ( WAJIBBBBBB)
Geran Tanah ( ASAL ataupun SALINAN )

Kebiasaannya lepas selesai tandatangan ni, urusan seterusnya akan dibuat oleh BAKAL PEMILIK BARU.
- sekadar makluman. Borang 14A xde tarikh luput. Bila Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa tulis tarikh kat Borang 14A tu, korang ada 3 bulan untuk serahkan balik borang tu ke Unit Pendaftaran Tanah. Gagal berbuat demikian, PENALTI satu kali ganda bayaran pindahmilik akan dikenakan dan maksimum 5x PENALTI (15 bulan korang perap borang tu)

Langkah 3
Ramai yang anggap lepas selesai tandatangan tu, kiranya PINDAHMILIK TANAH dah selesai… kirim salam dah selesai… 
Isi dulu borang PDS15 ni. (Update, kalau xtahu nak isi PDS15 ni boleh tengok kat sini)
Fotostat - Kad Pengenalan semua yang terlibat 
               - Geran tanah
               - Surat beranak (kalau pemberian kasih sayang)
               - Borang 14A

Seterusnya jom melawat  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI. Di Teluk Intan, LHDN tu kira sepelaung ajer jauhnya..:)  

"Apabila sesuatu harta tanah dipindahmilik, penerima pindah milik dikenakan Duti Setem. Duti Setem dibayar berasaskan kepada harga harta tanah tersebut atau nilai pasarannya, yang mana Iebih tinggi. Perkara ini diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta Setem, 1949 (Akta 378). Kadar duti dikira seperti berikut:Jadual 1

Nilai TaksiranPeratusan Duti Setem
RM 100,000 pertama1%
RM 100,001 hingga 500,0002%
RM 500,001 dan selebihnya3%
LHDN akan merujuk borang berkenaan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Pegawai JPPH kemudian akan menilai harta tanah tersebut dan melapor kepada LHDN yang akan memaklumkan jumlah duti yang kena dibayar. Sekiranya terdapat sebarang rayuan terhadap nilaian, ia boleh dirujuk secara bertulis kepada LHDN dan sesalinan kepada JPPH."

Biasanya proses ni akan ambik masa 2 minggu. Notis Taksiran akan diposkan dan bayaran duti setem berdasarkan Nilai Taksiran ( rujuk Jadual 1 dan kira sendiri )


Langkah 4
Lagi tinggi nilai tanah, lagi sakitttttttttt nak bayo kat LHDN tu. Dah rabak poket kat LHDN, bawak Notis Taksiran dan semua dokumen tu dan datang balik ke Unit Pendaftaran Pejabat Tanah. Barulah proses PINDAHMILIK yang betul2 dan sebenarnya akan dibuat

Dokumen yang diperlukan : WAJIBBBBBBBB ada
- Borang 14A yang original
- Geran Tanah ( Original dan bukan fotostat )
- Notis Taksiran dan resit bayaran
- Salinan Cukai Tanah Tahun SEMASA yang sudah dijelaskan
- Salinan Cukai Pintu yang telah dijelaskan ( Hilir Perak belum 100% gunapakai)
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Asal & Pemilik Baru
- Kad Pengenalan orang yang membawa Borang 14A

Dokumen Khas untuk kes tertentu
- Surat Kebenaran Menteri Besar - akan dijelaskan kemudian
- Surat Pemegang Amanah – jika melibatkan bahagian tanah tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur

Yang bawah ni sekadar makluman. Biasanya melibatkan syarikat guaman
- Surat Kebenaran Pemegang Gadaian
- Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah – jika melibatkan kuasa tertentu
- Surat Kebenaran Pemegang Gadaian – jika melibatkan hartanah yang masih digadai
- Surat Kebenaran Pemegang Kaveat – jika melibatkan hartanah yang ada sekatan kaveat
- Jika pindakmilik melibatkan hartanah syarikat – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), memorandum serta article.
- Jika pindakmilik melibatkan pertubuhan – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK, Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan.


Borang 14A berserta dengan semua dokumen sokongan tersebut akan diproses. Bayaran PENDAFTARAN PINDAHMILIK akan dikenakan. Bayaran pendaftaran untuk pindahmilik tanah adalah berdasarkan nilaian tanah dalam Notis Taksiran yang LHDN bagi tu dan kadar bayaran yang ditetapkan dalam jadual di bawah:-

   JUMLAH NILAIAN (RM)       KADAR (RM)
        0-30,000                              50
30,001-50,000                            80
50,001-100,000                        150
100,001-150,000                      250
150,001-200,000                      300
200,001-250,000                      350
250,001-300,000                      400
   300,001-500,000                     0.15%
   500,001 ke atas                       0.20%

"KENA BAYAR LAGI???!!! TADI DAH BAYAR BERATUS KAT LHDN"….
Ini antara ayat standard yang biasa aku dengar tiap2 hari
 dan
jawapan standard aku pulak
"ITU UTK BAYAR BONUS LHDN…KAMI KAT PEJABAT TANAH NI PUN NAK GAK MERASA BONUS 12 BULAN"keep dreaming

pongpang pongpang bertekak, BORANG 14A tu pun akan diproses dan nama orang yang menyerahkan borang tu akan direkod dalam SISTEM SELAMAT.  Borang 14A akan dihantar ke belakang tabir utk proses kemasukan nama dan sebagainya.

LANGKAH 5
"BILA BOLEH AMBIK GERAN???!!!"

BESOK BOLEH AMBIK GERANNNNNNNNN… CEPAT AJER KANNNNNN…


Selamat Memindah Milik Tanah…PEACE



Wednesday 9 July 2014

Cara2 nak isi BORANG 14A aka PINDAHMILIK TANAH

Apa itu pindahmilik tanah mengikut Kanun Tanah Negara ?
- Pindahmilik tanah mengikut Kanun Tanah Negara adalah pindahmilik mana-mana tanah yang mempunyai hakmilik dengan satu instrumen atas Borang 14A (rujukan : Seksyen 215 Kanun Tanah Negara)

Itu definisi ikut bahasa undang2 ler… bahasa mudahnya ialah tak kira la korang beli ker, dapat free ker atau camana sekalipun, selagi BORANG 14A ni belum lengkap dan urusannya belum selesai, selagi itu la tanah yg korang beli, kunun dapat free or whateever, dari segi teknikalnya masih hakmilik pemilik asal. So jangan nak buat kecoh kat kaunter aku bagitau kena tipu ngan "SELLER" aka owner asal tanah tu kalau BORANG 14A ni pun tak tahu menatang apanya. Memang hidup2 kena "jual" ajer nanti

Post hari ni is about camana nak isi BORANG 14A ni seperti yang dikehendaki oleh Pejabat Tanah. Toksah nak memandai bagitau aku "orang tu kata boleh isi camni, orang ni kata boleh isi camtu".. So just isi ajer camana yang aku post kat bloq..101% confirm diluluskan

TATACARA MENGISI BORANG 14A

- Borang ni boleh ambik percuma ajer kat mana2 Pejabat Tanah atau boleh "download" ajer kat website. Link dia boleh tanya kat Pakcik GOOGLE
- SILA GUNAKAN HANYA PEN HITAM DAKWAT. Sapa guna ballpen, aku bagi kad merah dan sapa guna selain dakwat hitam….pun aku bagi kad merah. Kalau xpuas hati…..boleh keluar dari MALAYSIA

MUKASURAT 1


1 - Isikan ajer nama, nombor kad pengenalan dan alamat pemilik asal 
2 - Biasanya bahagian "balasan"  ada 3 kategori :-
      - JUAL BELI - Kalau jual beli, masukkan amaun jual beli tu kat ruangan yang bertanda RM XX,XXX
      - PEMBERIAN KASIH SAYANG - Kelakar gak bunyinya tapi inilah istilah  yang digunapakai kalau nak pindahmilik tanah kepada sesama ahli keluarga. Walaupun kelakar, tapi istilah ini juga akan menjimatkan korang 50% dari bayaran cukai oleh LHDN nanti. Itu nanti aku terang kemudian
     - PEMEGANG AMANAH - Pun nanti aku jelaskan di ruang lain

3 - Tempat aku tulis merah tu….paham2 ajer la….tak kan nak aku terangkan jugak

MUKASURAT 2


1 - Tempat aku tanda merah tu sendiri mau ingat yer
2 - Bahagian "ATAS" isi kan nama pemilik asal, no. kad pengenalan dan alamat
3 - Bahagian "BAWAH" isi kan nama pemilik baru, no. kad pengenalan dan alamat. Kalau pemilik baru melebihi seorang, baru isi ruangan "KAMI" dan ikut ajer format yang sama

MUKASURAT 3


1 - MERAHHHH…ok..
2 - Isikan ajer nama pemilik baru, no. kad pengenalan dan alamat

MUKASURAT 4

Bahagian ni kena rujuk bersama "GERAN TANAH"

 (1) MUKIM, (2) NO.LOT dan (3) JENIS/NO.HAKMILIK 


(4) BAHAGIAN TANAH YANG HENDAK DIPINDAHMILIK

Dengan ini kira lengkaplah sudah BORANG 14A korang. Baru boleh hantar ke Unit Pendaftaran Tanah untuk proses berikutnya. Proses2 seterusnya akan di update kemudian yer… Geran Tanah tu perlu di edit maklumat2 atasnya.. maklumla geran tu ada tuan punyanya..Buta2 kena saman aku plak nanti.






Saturday 5 July 2014

Assalamualaikum…

Sebenornya aku xpernah terpikir pun nak buat blog, malas nak taip, xde masa, kurang rajin antara sebab musababnya.. kiranya ini blog yang 1st time aku terasa nak tulis..

KENAPA AKU TERGERAK HATI???!!!… hmmm, sebelum ni hampir 8 tahun aku kerja bahagian kewangan (Pentadbiran & Kewangan) dan sekarang aku ditukarkan ke bahagian tanah umumnya dan khususnya Unit Pendaftaran Tanah.

BEST KER UNIT NI???!!!...torbaikkkkk.. sebab toksah harap komer nak chong aku dah pasal urusan tanah.. tapi bukan sebab tu aku nak buat blog pun..

HABIS TU APA SEBABNYA???!!!…aku cuma nak kongsi serba sedikit pasal tatacara pengurusan tanah di PERAK. ramai yang bila datang kat kaunter aku, nak isi borang 14A (pindah milik tanah) pun xtahu, nak "kaveat" tanah  A boleh plak ter"kaveat" tanah B, dan sebagainya la…kiranya hari2 aku akan jumpa macam2 ragam manusia bila melibatkan tanah ni

SEBAB APA "PERAK"???!!!…dah aku kerojer kat PERAK, so tatacara pengurusan tanah kat PERAK la yang aku tahu.. hal2 tanah ni xberapa nak sama antara negeri2. Memang KANUN TANAH NEGARA digunapakai oleh semua negeri, tapi dari segi bayaran (charge2) yang dikenakan untuk setiap urusan agak berbeza antara negeri.. tapi mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan jugak la panduan

Akhir kata, aku akan cuba postkan info2 yang ringkas, mudah faham dan jelas tentang tatacara pengurusan tanah di PERAK ni. harap2 blog yang tak seberapa ni mampu membantu korang2 dari kena "jual"…kehkehkeh