Wednesday, 30 December 2015

Geran Hilang

Ini antara kes biasa tapi amat2 orang suka nak shortcut. Konon2 Pejabat Tanah boleh main cetak ajer geran baru bila pemilik tanah bagitau geran dema hilang, xtahu mana letak, dan pelbagai lagi 1001 cerita. Hakikatnya hanya satu GERAN sahaja akan dikeluarkan bagi satu lot tanah. Kalau geran tu dah terkoyak, kena conteng, makan dek anai2 sekalipun, bawak ajer apa yang tinggal ke Pejabat Tanah berkenaan dan kami akan mencetak semula geran yang baru. Geran lama tersebut akan kami ambil untuk dimusnahkan. Kalau nak buat kenangan, selpi la dulu ngan geran lama tu..:)

Antara cerita biasa dengar :-
1. Arwah bapak, mak, abang, kakak, adik, suami, isteri, tok long, opah ngah, jiran, dan sewaktu dengannya simpan geran. Tak tahu mana diorang letakkan bla bla bla
2. Geran ada kat bank, pastu bila minta bank kata hilang (suruh bank tu datang buat permohonan geran baru)
3. Rumah terbakar, kereta kena pecah, banjir etc
4. Geran ada kat Pejabat Tanah. Kami xpernah datang ambik. (ni paling aku suka, sebab bila check balik urusan terakhir 10-15 tahun dulu.. ingat pulak dia geran ada kat sini tapi xingat pulak nak datang ambik. Memang pejabat tanah ada simpan tapi itu salinan kami.. salinan korang buat semak ajer kami pegang. Dalam bilik kebal tu ada 85k geran yang perlu kami simpan. SEMAKKK tau SEMAKK

Xkisahla apa cerita sekalipun, tetap kena melalui prosedur yang sama untuk memohon semula geran baru

1 - Kena buat laporan polis di mana2 sahaja balai polis yang korang boleh pergi. Nyatakan dalam laporan tersebut sedikit sebanyak maklumat geran yang hilang. Mukim mana, apa nombor geran / lot.. kalau ini pun xtahu, kena ke pejabat tanah dulu le buat semakan.
2 - Pergi mana2 pejabat tanah dalam Perak dan ambik borang PERMOHONAN MEMBAHARUI HAKMILIK (GERAN) HILANG / ROSAK. (negeri lain mungkin lain nama / borangnya)

nanti awok bagi link untuk download ye....
Dokumen yang wajib disertakan
1 - Salinan ASAL laporan polis
2 - Carian persendirian (beli di Pej. Tanah daerah berkenaan - RM40.00) (carian persendirian & carian rasmi)
3 - Salinan resit cukai tanah tahun semasa (dah berbayar yer, kalau dah bayar tapi resitnya lebuh, pejabat tanah boleh bagikan ajer nombor resit bayarannya)
4 - Surat Akuan setiap pemilik berdaftar / surat mati bagi pemilik yang telah meninggal dunia

No. 4 ni palingggg leceh sebenarnya.. kalau pemiliknya cuma sorang ajer, then senang citer..ni yang pemilik berjela ramainya. Setiap nama yang ada dalam geran tu perlu buat surat akuan sumpah yang menyatakan geran tersebut tiada dalam simpanan mereka. Mana nak carik kalau ada yang dah mati atau xkenal langsung sapa pemilik bersama tu... 

Dah lengkap semua tu, boleh la hantar borang tu ke UNIT PENDAFTARAN TANAH. Seeloknya salah seorang pemilik berdaftar la yang datang. Bayaran yang dikenakan :-

Hakmilik GM / PM - RM 130.00
Hakmilik HSM - RM 120.00

Fail akan dibuka dengan nombor rujukan PDTHP 7 / XXXX. Janganla pulak hilangkan nombor rujukan ni sebab senang nak buat follow up. Biasanya dalam masa 2 minggu ke 1 bulan, kami akan hantar surat untuk sesi siasatan. Semua pemilik berdaftar seperti dalam surat akuan perlu hadir. Bawak bersama KIRIMAN WANG RM31.80 atas nama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (ni untuk bayaran Percetakan Nasional. Warta perlu dicetak dan dipamerkan untuk pemberitahuan. Bukan main print ajer yer geran tu)
Selepas habis tempoh warta barulah geran ganti akan dicetak semula. Keseluruhan proses biasanya ambik 3-6 bulan jugak. Total kos yang akan habis pun dalam RM300 - RM400 jugak la nanti termasuk la kos minyak, masa dan sewaktu dengannya.

silalah jaga geran komer dengan baikkkkk.. 
jenuh weh nak buat balik..


69 comments:

  1. Bro Aie tulislah lagi.. Penyampaian yg sangat lucu tetapi mudah difahami. Syabas!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kalau dapat membantu... syok2 ajer share sikit2 ilmu yang ada tu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...saya ada masalah nak tanya pasal geran hilang...saya ada beli tanah dan proses2 seperti bayaran di lhdn semua sudah buat cuma tinggal tukar nama je...bila hari nak tukar nama tu geran tanah hilang...jenuh cari...apa yg perlu saya buat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah di bawah bidang kuasa pej tanah mana? bagi kami di Perak @ Hilir Perak, andai geran hilang, pindah milik masih boleh dibuat TETAPI kena beli :-
      1) CARIAN RASMI - RM80.00
      2) SALINAN SAH GERAN - RM80.00
      dan teruskan kemasukan seperti biasa..

      Masalahnya, geran tidak akan dikeluarkan kepada pemilik. So, kalau nak geran, kena buat pulak prosedur hilang geran seperti yang saya tulis dalam blog...

      Delete
  4. Geran sy dekat pemaju hilang. Kata staff tuh x jumpa. Apa sy nak buat?

    ReplyDelete
  5. Geran sy dekat pemaju hilang. Kata staff tuh x jumpa. Apa sy nak buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pemaju yang hilangkan, then suruh pemaju tu yang buatkan balik... suka2 ajer hilangkan geran orang..

      Delete
  6. Kalau bank hilangkan geran ambik masa 3-6 bulan juga ke.. ada kemungkinan geran boleh dapat awal sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf xperasan komen puan...

      sama ajer prosedurnya walaupun bank yang hilangkan... cuma mereka la yang kena tanggung semua kos

      Delete
    2. Jangan harapla bank akan tanggung kos. In the end salah kita juga kata kita dah ambik geran tu. Sama kes dgn saya.

      Delete
    3. puan nani... kalau mereka kata kita dah ambik geran tu, then mintak bank tunjukkan bukti pengambilan (disimpan dalam fail pinjaman), berurusan dengan bank mesti ada dokumen yg perlu kita tandatangan sebelum boleh ambik geran etc.. bukan boleh main ambik macam tu sahaja sebab geran tanah tu cagaran/sandaran kepada pinjaman yang bank berikan... mustahil sangat mereka nak bagi macam tu sahaja.. memang ada kes di tempat saya bank kata pelanggan dah ambik, maka saya mintak public tersebut pergi mintak bukti dari bank.. kalau bank tak dapat tunjukkan bukti, report terus ke bahagian HQ mereka.. senang cerita

      Delete
  7. Salam. Encik ada cakap kita boleh beli salinan geran. Harga sekitar RM80.00. Boleh ke kita gunakan salinan geran ini untuk tujuan urusan pindah nama? Semoga pencerahan encik dapat mempermudahkan urusan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Perak, boleh guna salinan geran yang dibeli untuk tujuan pindah milik... tapi perlu juga beli bersama carian rasmi (lagi burn RM80.00).. walaupun pindahmilik boleh dibuat, tetapi geran baru tetap tidak akan dikeluarkan untuk simpanan pihak tuan.. tq

      Delete
  8. Ada contact di pejabat tanah selangor x? Kalo boleh wat cara yg sam mcm tu pun ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf xde... kena pergi sana dan tanya sendiri prosedur mereka pulak... lain negeri lain sikit prosedurnya

      Delete
  9. Kalau geran tanah tu totally hilang dan saya tidak tahu siapa nama tuan tanah tu bagaimana ya? Sedara mara tidak menahu geran tu. Jadi bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat ajer permohonon geran hilang seperti dalam post saya ni..

      Delete
  10. Salam.. kalu geran dihilangkan oleh pejabat tanaha mcm mana? Sy masih proses tukar nama dan geran asal telah diberikan kepada pihak pejabat tanah. Setelah semua siap, pejabat tanah memberitahu geran tiada dalam simpanan mereka. Apa perlu sy buat? Sy dah buat permohonan baru tapi hampir setahun masih xterima geran yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan, pej tanah boleh terus cetak ajer geran yang baru andaikata pej tanah yang hilangkan geran tersebut... xperlu pun tuan nak buat permohonan bagai sebab bukan tuan yang hilangkannya..

      Delete
  11. Saya ada beli rumah. Dah sign S&P, tapi tak de pulak dia bagi geran. Tak tahu prosedur sangat. Geran saya kat siapa? Bank ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita beli rumah/tanah, dalam S&P ada sekali Borang 14A(Pindahmilik) dan Borang 16A(Gadaian). Borang 14A untuk pindahmilik dari PEMAJU kepada PEMBELI dan Borang 16A untuk Gadaian dari PEMBELI kepada BANK dengan geran tanah sebagai cagaran. So 100% geran tanah ada pada bank. Cuma pemaju sepatutnya memberi satu salinan (fotostat) kepada pembeli.

      Delete
  12. im here today. Di Sabah pun sama ada dua geran dikeluarkan. satu pemilik tanah pegang yang lagi satu simpanan jabatan tanah so jika berlaku fraud bole rujuk original geran yang JTU pegang.

    sebenarnya nak cerita pasal geran tanah yang salah satu pemiliknya adalah mak saya..registered owner dlm geran ada 6org. masalahnya skrg adik beradik mak sy ni mostly tamak so semua pun denied, dorg x pegang. kenapa sy kata tamak? sebab dorg suka hati ja ubah tanda yg JTU sendiri yg ukur dgn adilnya ikut hukum faraid sebelum arwah atok sy passed away. kebetulan my sis kerja dekat kedai potocopy so dia terjumpa geran ni rupanya rupanya abg mak sy yg pegang tapi x mengaku yg dia pegang geran tu. yg geramnya bole pulak kakak sy terlupa nak potocopy geran tu utk salinan mak sy..so skrg sy nak tanya. Boleh ka kalau just nak minta copy geran sahaja ke JTU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan

      *selepas arwah atok meninggal

      Delete
    2. salinan geran boleh dibeli di pejabat tanah daerah tersebut. carikan ajer nombor lot atau nombor geran. Kalau dua2 maklumat ni xde (no.lot/geran), then akan jadi rumit sedikit..

      Delete
  13. Salam saya nak tya..kalu geran hilang,lepas tu nk wat penukaran nama dari geran amanah ke individu berapa kos dia ek.n proses dia mcm mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maksud geran amanah? Pemilik sebagai pemegang amanah?

      Kos ni subjektif sebab kos sebenar bergantung kepada nilai tanah. Lagi mahal nilai tanah, maka kos akan makin tinggi jadinya

      Delete
  14. salam,

    tanah bapa, hakmilik sementara hilang, tp hakmilik tetap dah keluar belum ambil di ptg, bapa dah meninggal dan perintah pusaka saya dpt 1/1 bhgian.
    soalan

    1)adakah nama dlm geran automatic telah bertukar kpd saya atau kita kena tunggu proses daftar nama saya selepas perintah pembahagian tu dikeluarkan.

    2) boleh ke permohonan geran hilang serentak oleh nama saya saja waktu tu.

    3) yg hilang hakmilik sementara, adakah nanti ptg akan bg hakmilik sementara sedangkan dah ada hakmilik tetap

    tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan 1
      Nama tidak akan automatik tukar. Tuan kena serahkan perintah pesaka ke pejabat tanah berkenaan untuk urusan tukar nama dari nama arwah ayah kepada nama tuan.

      soalan 2
      Xboleh. Tuan kena tunggu urusan daftar perintah pesaka selesai. Antara dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Geran Hilang ialah Carian Persendirian. Selagi nama tuan belum didaftarkan, dalam Carian Persendirian akan keluar nama arwah ayah.

      Soalan 3
      PTG akan bagi hakmilik yang baru (tetap) sebab hakmilik sementara tu dah dibatalkan bila hakmilik tetap dikeluarkan

      Delete
  15. Saya nak minta info. Geran tanah hilang nak buat yang baru biasanya memakan masa berapa lama.
    Oleh kerana tanah bapa saya digunakan untuk pembinaan jalan raya. Pampasan tergantung dah 4bulan dgn alasan geran nak original. pihak pemaju telah pun memulakan pembinaan biar pun belum membuat pampasan.
    Saya nak tahu adakah pemaju nak juga geran original adalah sebagai alasan melambatkan pemprosesan pembayaran.
    Geran tanah tak keluar lagi sampai sekarang.. Di manakah saya boleh buat

    Aduan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses permohonan semula geran yang hilang biasanya ambik masa yang agak lama.. tuan boleh rujuk dengan pejabat tanah yang berkenaan

      Delete
  16. Tanah ini Berada diPenampang Sabah

    ReplyDelete
  17. Admin.. mana link yang kata nak bg utk contoh surat PERMOHONAN MEMBAHARUI HAKMILIK (GERAN) HILANG / ROSAK.

    sy tgk xde bagi pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xbuat pun.. sebab lain negeri lain borangnya... even dalam negeri sama pun, lain2 jugak format borang yang digunapakai.. so better pergi je pej tanah berkenaan. yang dalam gambo tu, digunapakai oleh pej tanah hilir perak

      Delete
  18. Salam. Boleh Encik jelaskan berkenaan warta perlu dicetak dan dipamerkan untuk pemberitahuan.

    Untuk bicara pusaka kecil adakah warta akan dipamer juga untuk pemberitahuan.

    Terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pusaka kecil xde kena mengena dengan warta. apabila selesai bicara kuasa, PERINTAH akan dikeluarkan. boleh rujuk https://urusantanahkatperak.blogspot.com/search/label/Pusaka

      Delete
  19. Saya nak tanya,berapa lama pejabat tanah akan keluarkan geran baru selepas owner lawyer dah hantar borang pendaftaran geran?bank hilangkan geran yang lama.Tempoh S&P ade 4bulan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rujuk dengan pej tanah yang berkenaan.. tiada SOP jelas berkaitan hal ni...maaf

      Delete
  20. Kalau bahagian kita 2/3 bolehkah jual tanah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. yang penting nama tuan ada dalam geran (pemilik berdaftar)

      Delete
  21. Salam.. Kawan sy risau geran yang fotostat tercicir..die mcm2 fikir.. Tapi geran asal ad dgn die... X jadi ap2 masalah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah xde apa2 masalah.. sebab untuk proses pindahmilik, pemilik berdaftar yang perlu tandatangan borang 14A di hadapan pegawai di pejabat tanah

      Delete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Salam tuan nak Tanya...berkenaan Geran kongsi,macam Mana nak buat,pemegang geran kongsi pegang geran Tak mahu berikan kepada Kita untuk buat prose's tukor hakmilik bahagian kami,manakala kami perlukan untuk buat geran baru selepas bicara kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya pej tanah ada kuasa untuk mengarahkan pemilik geran untuk datang serahkan geran tapi biasanya pej tanah jarang gunakan kuasa ini sebab urusan tuan dianggap sebagai urusan dalaman/peribadi which biasanya pej tanah tak nak campur.

      Delete
  24. Salam. Mak sy nak buat proses tukar nama rumah di Bidor tapi geran rumah xde sbb mse proses penyerahan pemilikan sementara, mak sy xdpt dtg krn mslah pengangkutan pd mase tu (thun 1989). Presedur nak dpt geran baru sme mcm atas atau ade bahagian yg bole skip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Wsalam tuan...sama jer seperti proses di atas.. tapi tuan boleh cuba nasib dengan membawa ibu ke pej tanah tapah. Geran2 yang belum diambil biasanya akan diletakkan bersama dalam fail JOPA. Mohon la budi bicara kot geran untuk salinan pemilik masih disimpan... kalau xde, then sila ikut proses yang sama... hehe

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Salam rizal..dalam satu geran mak saya dapat separuh bahagian.separuh lagi di bahagi tiga tuk ank buah mak saya. Belom pecah geran lg.mak saya ingin masukan nama anak2 dalam geran tp kami ada salinan saja.bila di pejabat tanah diorg nak geran asal.tanah mak sebenarnya di kg baru kl. Mak syak salah seorg ank buah yg tinggal di sebelah rumah yg dalam senyap2 ambil dari rumah arwah nenek tanpa pengetahuan semua. Bila kami tya dia kata x pegang geran asal tp dia ada buat sempadan antara bahagian mak dan mereka adik beradik. Kami syak dia yg ada geran asal.Dah byk kali kami pujuk tuk pinjam kan geran asal tp dia x beri kerjasama pada kami.apa yg patut kami buat..tolong la kami dah mengtasi masalah ini dah makan bertahun stuck mcm ni..saya amat menghargai nasihat tuan supaya dpt jalan penyelesai..sekian tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam tuan.. sila rujuk dengan pej tanah berkenaan (saya tak tahu pej mana yg jaga kawasan kg baru tu). Untuk kes2 macam ni, kena mintak pandangan pegawai dan budi bicara beliau.

      Delete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Salam...rizal..nk tanya,sy pembeli..dh byar 60%,geran orignal sy pegang,14A owner pegang..boleh ke,owner(pjual) jual balik kat org lain..klu ada yg byar dgn harga lebih tinggi..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan.. sebenarnya.... BOLEH.. Sepatutnya perlu geran original untuk urusan2 pindahmilik, tetapi ada pejabat yang benarkan guna salinan yang dibeli dari pej tanah berkenaan. Seandainya itu berlaku, owner(penjual) hanya perlu pulangkan balik duit kepada tuan dan tuan tidak ada apa2 kes terhadap beliau

      Delete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. salam nak tanya boleh ke kita dapatkan salinan geran hakmilik tanah terbaru dan berapa bayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salinan geran (photostat) boleh dibeli dari pej tanah di mana tanah tersebut berada. Harga adalah berbeza setiap negeri

      Delete
  31. Geran rumah saya hilang dilppsa .MCM mn nk cari ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat ajer permohonan geran hilang seperti proses di atas... memang takkan jumpa punya dah... kira wassalam ajer la.. hehe

      Delete
  32. Geran sy rosak sb liminet..lpastu pelan tnah yg original hilang..berpa ye agk² kos...

    ReplyDelete
  33. Salam....ada owner nak jual tanah sawit..tapi geran tanahnya agak lama,tahun 80/90 an...jika owner nak jual tanah, perlukah dia tukar kepada geran baharu dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu.. even geran zaman jepun pun masih boleh digunapakai selagi mana geran tersebut geran asal dan bukan fotostat

      Delete
  34. Salam..geran ada tp jenis lama tahun 1940 boleh apply yg baru tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. datang ke pej tanah untuk tukar geran baru

      Delete
  35. Salam tuan geran sementara saya hilang, bagaimana untuk mendaptkn geran yang baru? ,sebab saya masih lagi berhutang dengan kerajaan,apa yang perlu saya buat? Sekian trima kasih tuan.

    ReplyDelete
  36. Salam tuan saya nak tahu berapa lama notice iklan dlm surat khabar di perlukan sebelum geran baru di keluar kan terimakasih.

    ReplyDelete
  37. Salam tuan mohon bantu saya . Saya menghadapi masalah yang iaitu hilang geran asal atas tanah yang dikongsi oleh beberapa nama. Saya berhajat untuk menjual bahagian saya tetapi tidak memiliki geran asal atas hakmilik tersebut. Saya telah mencari individu atau waris nama-nama yang terdapat dalam geran yang dikongsi itu. Tetapi gagal. Saya telah membaca artikel tuan tetapi saya mohon untuk dapatkan contoh aduan polis dan surat sumpah. Kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih

    ReplyDelete