Thursday 2 February 2017

PDS 15 aka Borang Duti Setem...

Hari ni terima wassap pasal Borang 14A, dia dah follow semua LANGKAH2 yang penat2 awok dok karang tu.. cuma part PDS 15 katanya xde cara nak isi form.

PDS 15 ni senang cerita adalah Borang Permohonan untuk membayar Duti Setem bagi pindahmilik tanah yang akan dilakukan. Bunyi macam rela hati ajer nak bayar Duti Setem tu. Walauapapun, PDS 15 ni antara borang yang wajib di isi sebagai dokumen sokongan kepada Borang 14A.


Senang ajer nak isi benda alah ni sebenarnya (memang la senang kalau dah hari2 dok tengok benda ni ajer), so dalam kesempatan 20 minit masa yang ada ni, awok sempat la buatkan ringkasan cara-cara untuk mengisinya.

Selamat membayar Duti Setem...


Ikut ajer arahan yang awok tulis guna warna merah tu.. Penat tau nak tukar-tukar kaler ni..

Btw jangan pulak komer tulis guna pen warna merah.. Guna pen hitam dakwat basah sahajaaaaaaaa

30 comments:

  1. Kalau nak transfer ke pemegang amanah dan transfer lagi ke benefisiari,kena bayar 2 Kali duti setem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya...1st transfer kepada pemegang amanah.. then 2nd transfer dari pemegang amanah kepada benefisiari... masih perlu ikut prosedur yang sama cuma di LHDN nanti ada pengecualian cukai... namun bayaran RM10.00 dikenakan di LHDN

      Delete
  2. maksudnya...1st transfer kepada pemegang amanah.. then 2nd transfer dari pemegang amanah kepada benefisiari... masih perlu ikut prosedur yang sama cuma di LHDN nanti ada pengecualian cukai... namun bayaran RM10.00 dikenakan di LHDN

    ReplyDelete
  3. Tak payah ikut 1st 100k 1% dan sterusnya 2% daripada harga rumah itu? Kalau benefisiari tu anak saya, kira pemberian kasih sayang? Tak payah guna borang 14A?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pindah milik WAJIB guna Borang 14A walaupun sebagai benefisiari...

      Delete
  4. Pemegang Amanah akan Transfer ke benefisiari bila benefisiari cukup umur 18 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap... tetapi perlu sekali lagi isi borang 14A.. a bit confusing.. nanti andai ada masa saya sediakan prosedur utk hal begini

      Delete
  5. Salam tuan, nak tanya la, kalau penerima tu ada dua orang, kena letak semua nama ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer.. nak bagi pada 2 orang kena letak 2 nama le..

      Delete
    2. Btul tu sebab ruang kecik amat... Tenyeh kt situ jgk la ea?

      Delete
    3. sumbat je kecik2... hahaha

      Delete
  6. Berapa salinan kena isi borang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi satu dan fotostat.. ada yg kata perlu 4 salinan.. tapi setiap kali saya uruskan, 2 pun dah memadai

      Delete
  7. Hello
    Fotostat sebelum sign and saksi ke selepas? Thanx

    ReplyDelete
  8. Salam... kalau penerima lebih dari seorang macam mana nak isi kat bahagian penerima tu...

    ReplyDelete
  9. Boleh print sendiri ke borang ni atau kena ambil di lhdn jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je print sendiri dari website LHDN

      Delete
  10. encik, 1 salinan boleh ke? dan dwld borang dr web boleh ke? kepilkan bersama borang 14a dan salinan ic pembeli serta penjual. kena sign depan2 atau sign siap2? harap encik bantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua borang kena sign depan2 di hadapan pegawai di pej.tanah

      Delete
  11. Salam nak tanye..kalau pemberi dah meninggal macam mana ye?? Untuk sign?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat bicara kuasa... xboleh guna cara pindahmilik

      Delete
  12. Salam. Nk tanya. Kalau pemberi ada 3 nama,kena isi 3 nama tu jugak ke?.

    Duti setem tu kena bayar RM 10 atau RM 50 untuk 5 borang.

    Perlu pergi ke LHDN ke untuk pengesahan duti setem. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi satu nama sahaja..
      .
      Duti setem kena bayar ikut kadar yang ditetapkan oleh LHDN..
      .
      Perlu pergi ke pej LHDN untuk pembayaran atau boleh gunakan pembayaran secara online... rujuk pej LHDN

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete