Thursday 10 July 2014

Riwayat Perjalanan BORANG 14A aka PINDAHMILIK TANAH

Selepas selesai mengisi Borang 14A tu, tibalah masa untuk menghantarnya untuk proses berikutnya. Post kali ni adalah untuk menerangkan prosedur2 yang perlu dilalui. Bagi yang belum tahu camna nak isi Borang 14A ni boleh la clik disini disini disini

Langkah 1
Bawa Borang 14A tu ke Unit Pendaftaran Tanah. Bayaran RM10.00 akan dikenakan sebagai Bayaran Penyaksian. Selepas tu, pendaftaran dalam SISTEM SELAMAT akan dibuat untuk pemilik asal sahaja. Settle disitu, baru dibawak jumpa Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa untuk LANGKAH 2
Langkah 2
Semua ruangan TARIKH, TANDATANGAN yang aku mintak dikosongkan, akan disempurnakan di hadapan Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa

Untuk memudahkan kerojer, PEMILIK ASAL DAN BAKAL2 PEMILIK BARU ada bersama untuk sama2 tandatangan. Tak payah nak 2-3 kali kerojer..banyak benda lain boleh buat.
Dokumen yang perlu dibawa bersama -
Kad pengenalan semua yang terlibat ( WAJIBBBBBB)
Geran Tanah ( ASAL ataupun SALINAN )

Kebiasaannya lepas selesai tandatangan ni, urusan seterusnya akan dibuat oleh BAKAL PEMILIK BARU.
- sekadar makluman. Borang 14A xde tarikh luput. Bila Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa tulis tarikh kat Borang 14A tu, korang ada 3 bulan untuk serahkan balik borang tu ke Unit Pendaftaran Tanah. Gagal berbuat demikian, PENALTI satu kali ganda bayaran pindahmilik akan dikenakan dan maksimum 5x PENALTI (15 bulan korang perap borang tu)

Langkah 3
Ramai yang anggap lepas selesai tandatangan tu, kiranya PINDAHMILIK TANAH dah selesai… kirim salam dah selesai… 
Isi dulu borang PDS15 ni. (Update, kalau xtahu nak isi PDS15 ni boleh tengok kat sini)
Fotostat - Kad Pengenalan semua yang terlibat 
               - Geran tanah
               - Surat beranak (kalau pemberian kasih sayang)
               - Borang 14A

Seterusnya jom melawat  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI. Di Teluk Intan, LHDN tu kira sepelaung ajer jauhnya..:)  

"Apabila sesuatu harta tanah dipindahmilik, penerima pindah milik dikenakan Duti Setem. Duti Setem dibayar berasaskan kepada harga harta tanah tersebut atau nilai pasarannya, yang mana Iebih tinggi. Perkara ini diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta Setem, 1949 (Akta 378). Kadar duti dikira seperti berikut:Jadual 1

Nilai TaksiranPeratusan Duti Setem
RM 100,000 pertama1%
RM 100,001 hingga 500,0002%
RM 500,001 dan selebihnya3%
LHDN akan merujuk borang berkenaan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Pegawai JPPH kemudian akan menilai harta tanah tersebut dan melapor kepada LHDN yang akan memaklumkan jumlah duti yang kena dibayar. Sekiranya terdapat sebarang rayuan terhadap nilaian, ia boleh dirujuk secara bertulis kepada LHDN dan sesalinan kepada JPPH."

Biasanya proses ni akan ambik masa 2 minggu. Notis Taksiran akan diposkan dan bayaran duti setem berdasarkan Nilai Taksiran ( rujuk Jadual 1 dan kira sendiri )


Langkah 4
Lagi tinggi nilai tanah, lagi sakitttttttttt nak bayo kat LHDN tu. Dah rabak poket kat LHDN, bawak Notis Taksiran dan semua dokumen tu dan datang balik ke Unit Pendaftaran Pejabat Tanah. Barulah proses PINDAHMILIK yang betul2 dan sebenarnya akan dibuat

Dokumen yang diperlukan : WAJIBBBBBBBB ada
- Borang 14A yang original
- Geran Tanah ( Original dan bukan fotostat )
- Notis Taksiran dan resit bayaran
- Salinan Cukai Tanah Tahun SEMASA yang sudah dijelaskan
- Salinan Cukai Pintu yang telah dijelaskan ( Hilir Perak belum 100% gunapakai)
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Asal & Pemilik Baru
- Kad Pengenalan orang yang membawa Borang 14A

Dokumen Khas untuk kes tertentu
- Surat Kebenaran Menteri Besar - akan dijelaskan kemudian
- Surat Pemegang Amanah – jika melibatkan bahagian tanah tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur

Yang bawah ni sekadar makluman. Biasanya melibatkan syarikat guaman
- Surat Kebenaran Pemegang Gadaian
- Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah – jika melibatkan kuasa tertentu
- Surat Kebenaran Pemegang Gadaian – jika melibatkan hartanah yang masih digadai
- Surat Kebenaran Pemegang Kaveat – jika melibatkan hartanah yang ada sekatan kaveat
- Jika pindakmilik melibatkan hartanah syarikat – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), memorandum serta article.
- Jika pindakmilik melibatkan pertubuhan – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK, Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan.


Borang 14A berserta dengan semua dokumen sokongan tersebut akan diproses. Bayaran PENDAFTARAN PINDAHMILIK akan dikenakan. Bayaran pendaftaran untuk pindahmilik tanah adalah berdasarkan nilaian tanah dalam Notis Taksiran yang LHDN bagi tu dan kadar bayaran yang ditetapkan dalam jadual di bawah:-

   JUMLAH NILAIAN (RM)       KADAR (RM)
        0-30,000                              50
30,001-50,000                            80
50,001-100,000                        150
100,001-150,000                      250
150,001-200,000                      300
200,001-250,000                      350
250,001-300,000                      400
   300,001-500,000                     0.15%
   500,001 ke atas                       0.20%

"KENA BAYAR LAGI???!!! TADI DAH BAYAR BERATUS KAT LHDN"….
Ini antara ayat standard yang biasa aku dengar tiap2 hari
 dan
jawapan standard aku pulak
"ITU UTK BAYAR BONUS LHDN…KAMI KAT PEJABAT TANAH NI PUN NAK GAK MERASA BONUS 12 BULAN"keep dreaming

pongpang pongpang bertekak, BORANG 14A tu pun akan diproses dan nama orang yang menyerahkan borang tu akan direkod dalam SISTEM SELAMAT.  Borang 14A akan dihantar ke belakang tabir utk proses kemasukan nama dan sebagainya.

LANGKAH 5
"BILA BOLEH AMBIK GERAN???!!!"

BESOK BOLEH AMBIK GERANNNNNNNNN… CEPAT AJER KANNNNNN…


Selamat Memindah Milik Tanah…PEACE



78 comments:

  1. Kalau rumah pun sama ke macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama...sebab rumah tu bina atas tanah jugak kan...:)

      Delete
  2. apa itu surat pemegang amanah? mana dapat surat ini sebab tak cukup umur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat pemegang amanah perlu dibuat sendiri... isi kandungan surat perlu nyatakan maklumat tanah tersebut, nama pemilik & kad pengenalan dan kepada siapa pemilik memegang amanah... surat perlu dibuat dalam 2 salinan dan perlu ditandatangani serta didaftarkan di pejabat tanah... bayaran pendaftaran ialah RM50.00

      Delete
  3. Assalamualaikum...ayah sy telah meninggal...ibu sy masih ada dan kami 4 beradik semua perempuan...ayah mempunyai seorg kakak kandung yg masih hidup...bgm cara nak tukar nama tanah ayah? Dan tanah tu jika di÷kan kurang dari 1 ekar...tqvm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini dah masuk kategori harta pesaka.. xde menggunakan kaedah 14A, tapi melalui PERINTAH dari unit PESAKA.. kumpulkan semua maklumat harta milik ayah (tanah, rumah, geran kereta, akaun2 bank) dan bawak semua dokumen ke Pej Tanah terhampir..

      Pembahagian melalui PERINTAN PESAKA tidak ada sekatan dari segi tanah kurang 1 ekar etc...

      Delete
  4. salam yob
    antara langkah 1 ke langkah dua tu dalam hari yang sama atau dibagi tarikh lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam yob... LANGKAH 1-3 boleh dibuat pada hari yg sama... LANGKAH 4 tu ajer kena tunggu 1-2 minggu sebab nak kena tunggu penilaian oleh LHDN.. dah dapat berapa kena bayo kat LHDN, LANGKAH 4-5 pun boleh buat hari sama tapi kena pagi2 la kalau nak cepat...hehe

      Delete
  5. wsalam yob... LANGKAH 1-3 boleh dibuat pada hari yg sama... LANGKAH 4 tu ajer kena tunggu 1-2 minggu sebab nak kena tunggu penilaian oleh LHDN.. dah dapat berapa kena bayo kat LHDN, LANGKAH 4-5 pun boleh buat hari sama tapi kena pagi2 la kalau nak cepat...hehe

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtra macam mana nak tambah nama dalam borang 14a kalau masih ada hutang kat bank ya. Ada caranya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada bank dan apa tujuan tambah nama tersebut.. kalau sekadar nak tambah nama bank memang xbenarkan.. tapi andai untuk pengeluaran KWSP/loan kerajaan utk pembayaran pinjaman, bank boleh benarkan atas budi bicara mereka.. sila rujuk dengan pihak bank terlebih dahulu

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Adakah 1 salinan borang 14a yang telah lengkap @ diproses akan di beri kepada pembeli @ permohon jika beli rumah guna loan kerajaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      tiada salinan 14a akan diberi kepada pemohon/pembeli.. yang akan diberi ialah pendua Borang Gadaian dengan dokumen perjanjian jual beli.. biasanya pihak guaman akan uruskan hal2 dokumen ni

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. terima kasih tuan,
    maaf keliru sebab abang saya buat loan bank dapat 1 salianan fotocopy borang 14A..tp saya xdpt salianan fotocopy tu semasa kemaskini dokumen rumah besama beliau..
    t.q tuan sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde masalah.. salinan fotocopy tu bergantung kepada syarikat guaman/bank atas budi bicara mereka ajer sebagai rujukan..
      ada 2 kes
      1) salinan 14a yang belum diserahkan kepada pej tanah.. tiada nombor perserahan pada borang 14a tersebut
      2) ada nombor perserahan. yang tu syarikat guaman kena beli dari pej tanah. bila dema beli maka dema akan charge 2x dari nilai asal kepada pelanggan... so faham2 ajer ler..hehe

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Sorry, my name is Meow dari Kulim, Kedah.Thanks for sharing.Good info. Saya nak tolong bapa saya buat pindah milik kepada abang saya. Geran tuh ada dua nama, bapa saya (masih hidup) dan pakcik saya yang sudah meninggal dunia. 1/2 bapa saya, 1/2 pakcik saya. Dalam kes ini, boleh saya follow procedur ini? Saya tanya lawyer, lawyer cakap boleh sebab bapa saya hidup lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for the late reply.. being busy end of year closing account n kids school...
      1)untuk pindahmilik dari bapa kepada abang, memang boleh ikut prosedur dalam post ini. Btw, xperlu guna lawyer, this is just a simple transfer with no complicated issue. definately u can save 500-1000

      Delete
    2. Thanks a lot. Your sharing helped me a lot. Dah submitted. Now tunggu Jabatan Hasil bagi tau berapa kena bayar the duty stamp. Thanks. :)

      Delete
    3. glad this simple post helped u sir.. do share the info on my bloq so we can help others to.. have a nice day sir

      Delete
  13. Nak tanye.penerima tanah umur 19 tahun bole ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sesangat xde masalah... cukup 18 tahun dah boleh

      Delete
  14. Assalamualaikum...jika nak buat proses pemegang amanah,selain surat pemegang amanah,apa dokumen lain yg diperlukan?perlukah orang yg hendak dinamakan itu hadir juga ke pej.tanah? Tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. xperlu mereka hadir, cuma sertakan surat amanah 2 salinan, dan photostat kad pengenalan mereka sahaja

      Delete
  15. salam yob. nak tanya, langkah 1 tu wajib kena buat ke? sebab saya tak buat langkah 1 dan sekarang saya nak masuk langkah 3, untuk bayar duti setem. sewaktu tandatangan depan pendaftar tak pula pendaftar tu tanya pasal pendaftaran penyaksian.
    macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslam.. buat bodo ajer la camtu...dah dema xperasan... main sign ajer... hahahha... jalan terus kira diskaun RM10.00 ler tu

      Delete
  16. Salam, nak tanya mcm mana nk hentikan proses tukar nama lepas dah isi borang 14a? Boleh lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... nak hentikan? pergi ke pej tanah berkenaan dan kaveat keseluruhan/sebahagian tanah tersebut..
      rujuk post ini
      http://urusantanahkatperak.blogspot.my/2016/09/kaveat-menatang-apa-dan-kepentingannya.html

      Delete
  17. Mak pemegang amanah kpd anak.Lpas tu anak mninggal dulu mcm mna nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi ke pej tanah (unit bicara kuasa) dan buat ulang bicara untuk memindahkan pula nama anak(penerima amanah) kepada waris2nya yang layak

      Delete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Borang PDS15, pemilik asal and baru kena sign di depan pegawai juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang PDS15 tu tidak semestinya sign depan pegawai pej tanah.. cuma bahagian di ms2 Borang PDS15 yang berkaitan tanah tu normally ramai public kurang tahu.. jadi public akan biarkan kosong termasuk ruang tandatangan which pegawai pej tanah akan tolong isikan

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam yob. lagi satu soalan. kalau lewat hantar borang dalam masa 3 bulan, penlati dikira macam mana? berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. di pej tanah ada bayaran proses berdasarkan berapa nilaian tanah..
      cth..
      Nilaian tanah oleh LHDN = RM30,000.00
      maka bayaran pendaftaran tanah ialah RM50.00
      andai lewat setiap 3 bulan, bayaran penalti adalah 1x ganda bayaran maximum 5x ganda

      Delete
  22. Assalamualaikum...sy nk tnye...geran tok sy hilang..slps tok mati..ayah tlh buat report polis mgatakan geran hilang..malangnye slps ayh pergi pjbt tanah utk dptkan geran baru..sblm tu buat carian di pjbt tanah yg hilang tu... mcm mane geran tanah boleh mskkn penama lain dlm geran n tdpt 1 name syrikat didlm geran tsebut???...bolehkah sy check tarikh penama lain tu dimasukkan??n wlp ade penama lain n 1 nama syrikat nama tok sy msh ade dlm geran tsbut, jadi boleh ke ayah sy dirikan rumah di tanah itu ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Maklumat Penama Dalam Geran
      Dalam carian persendirian, ada maklumat bila nama2 yang lain tu dimasukkan dalam geran (melainkan urusan itu telah lama berlaku).. Andai kata tiada maklumat tersebut dalam carian persendirian, puan boleh juga bertanya pada unit pendaftaran untuk maklumat tersebut.

      2) Dirikan rumah
      Tanah tersebut masih nama tok. Saya cadangkan buat PESAKA untuk pindahkan nama tok kepada waris2 dia yang layak termasuk nama ayah puan. Tiada masalah utk dirikan rumah atas tanah tersebut (duit sendiri) namun akan berlaku masalah besar bila waris2 yang lain menuntut hak atas tanah tersebut

      Delete
  23. assalmualikum wbt tuan. untuk tandatangan borang 14A, pemberi dan penerima perlu hadir sama untuk tandantangan di hadapan pegawai. saya ada menerima perintah mahkamah ' sekiranya penghutang penghakiman gagal/ enggan memberi kerjasama dalam urusan pindahmilik/ tukarmilik tersebut maka Pejabat Tanah Daerah diberikuasa untuk membuat pertukaran tersebut mengikut Akta Kanun Tanah Negara 1956.

    soalan saya: Pemberi tidak mahu bekerjasama. Adakah pihak Pejabat Tanah Daerah atau PTG layak untuk berbuat demikian dengan menurut perintah mahkamah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. " saya ada menerima perintah mahkamah ' sekiranya penghutang penghakiman gagal/ enggan memberi kerjasama dalam urusan pindahmilik/ tukarmilik tersebut maka Pejabat Tanah Daerah diberikuasa untuk membuat pertukaran tersebut mengikut Akta Kanun Tanah Negara 1956."

      sekiranya ada perintah dari mahkamah, pej tanah perlu membuat pertukaran nama tersebut walaupun tanpa tandatangan dari pemberi.

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. tuan..saya ada berhubung dengan pejabat daerah..tolak ke PTG...masih dalam perbincangan..hu..hu..mcm ada masalah pejabat daerah dan ptg tiada kuasa pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik... apa saja perintah yg diperolehi dari mahkamah tinggi, pej tanah akan ikut sahaja.. namun mungkin ada sebab pej tanah / PTG tolak.. mungkin kalau boleh puan wassap pada saya perintah mahkamah tersebut untuk bacaan saya...tq

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Salam Sejahtara
    Borang PSD 15 hendak di isi dalam 5 salinan kan.....
    Jika, satu pemberi tetapi ada empat penerimanya bagaimana?
    Jadi perlu sediakan 5 x 4 = 20 salinan ke? Sorry confuse:)

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 SALINAN??? Biarla 5 pemberi sekalipun, hanya satu borang PSD 15 sahaja yang perlu diisi.
      1 borang 14A = 1 borang PSD 15

      Delete
  28. Salam tuan.. Bolehkah kita meminta salinan borang 14a untuk simpanan sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi bukan minta, tapi kena beli...:)

      Delete
    2. Hi. Saya nak tanya, Bagaimana Saya boleh dapat CTC brg14A ?

      Delete
  29. Salam tuan,

    Tanah yang hendak dijual kepada saya mempunyai 5 nama pemilik dan semua pemilik bersetuju untuk menjual bahagian mereka kepada saya. Kemusykilan saya adalah

    i. Adakah saya perlu mengisi 1 borang 14A sahaja atau 5 borang 14A (kerana ada 5 orang pemilik)

    ii. Bolehkan pemilik mewakilkan kuasa kepada pemilik yang lain semasa proses pindah milik dilakukan ( salah seorang pemilik tidak dapat hadir dan bberhasrat mewakilkan kuasa kepada salah seorang pemilik yang lain ). terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. i) hanya perlukan 1 borang 14a sahaja. Format dia, NAMA 1, No.KP 1, NAMA 2, No.KP 2, NAMA 3, No.KP 3 dan seterusnya

      ii) XBOLEH DIWAKILKAN oleh orang lain. Pemilik kena hadir sendiri untuk tandatangan 14a tersebut MELAINKAN ada PA (POWER ATTORNEY) yang didaftarkan di MAHKAMAH TINGGI which saya 99% yakin xkan ada

      Delete
  30. Ramai yang percaya dengan adanya surat ikatan amanah dan perjanjian jual beli sudah cukup untuk menyatakan bahawa tanah tersebut sudah ditukar milik kepada pembeli namun pemahaman itu salah dan tidak benar. Minta bantuan min untuk isu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kanun Tanah Negara 215, 217 & 218 menyatakan bahawa PINDAHMILIK (PMT) mana-mana tanah berimilik di bawah Akta ini hendaklah dikuatkuasakan melalui satu instrumen menggunakan Borang 14A

      Boleh rujuk post baru saya
      https://urusantanahkatperak.blogspot.com/2019/12/hibah-vs-ktn.html

      Delete
  31. Assalamualaikum. Tuan sy mau bertanya. selain Duti Setem, adakah perkara2 lain yang perlu diselesaikan di LHDN. Ada yang cakap selepas Duti Setem selesai kena selesaikan CKHT pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda yang sama tuan... istilah sebenarnya memang CKHT @ Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah... bahasa kampungnya Duti Setem jer... hahahhaaaa

      Delete
    2. saya pupun musykil bila bila diberikan borang CKHT 1a dan 1b..hampir terperanjat beruk saya..igt setel hantar borang PDS15 boleh balik dan tggu notis taksiran kat umah..skali pening pulak borang CKHT ni perlu sain pelupus bagai..pening pulak nak study..haha..peguam takmo amik..gatal nak buat sendiri..rasakan jela hihi

      Delete
  32. Kami ada sebidang tanah pusaka kurang drp 1 ekar.Atas persetujuan bersama kakak saya dijadikan penama untuk tanah tersebut.semasa penukaran nama dibuat kami tidak membuat surat pemegang amanah.baru2 ini kakak saya mahu menukar nama tanah pusaka itu kepada nama saya.soalan saya adalah perlukah kakak saya meminta persetujuan suaminya terlebih dahulu untuk menukar nama .(mereka tiada
    anak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam geran nama sapa sekarang.. andai nama kakak, sukati dia la nak bagi pada sapa dan xperlu pun nak dapatkan persetujuan suami bagai... but itu dari segi pej tanah, dari hubungan kekeluargaan tu, pej tanah xcampur.. hehe

      Delete
  33. Bapa saya dah meniggal dia ada tanah di melaka(tanah pusaka) geran tanah tu ada 5 org macm mana saya nak tukar nama dan pecah geran.dan berapa kosnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat urusan pesaka... kos tu subjektif bergantung kepada dokumen dan nilaian tanah bagai yer

      Delete
  34. buat urusan pesaka... kos tu subjektif bergantung kepada dokumen dan nilaian tanah bagai yer

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum En. Saya nk tanya, Ayah saya ada tanah Dan ingin masukkan mama saya sebagai penama kedua.. adakah saya perlu isi borang 14a?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAJIB...sebarang perubahan pemilik dalam geran WAJIB gunakan 14a

      Delete
  36. Assalamualaikum, Bagaimana sekiranya si penjual tidak mampu ke Pej Tanah (uzur,tua, sakit )untuk menandatangani borang 14A dihadapan pentadbir tanah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tuan... tidak ada pilihan lain melainkan pemilik berdaftar yg kena datang ke pej tanah. Tuan boleh jugak bertanya kepada pej tanah berdekatan sekiranya mereka boleh datang ke rumah pemilik untuk membuat penyaksian 14a tersebut

      Delete
  37. Assalamualaikum wbt encik.saya nak tanya sikit.
    Pihak Majlis Perbandaran ada keluarkan surat pada ayah sy,nyatakan yg cukai harta masih ada nama pemaju lagi.bila saya check,mmg betul.
    tapi dalam geran,hanya nama ayah saya seorang saja.pihak Majlis Perbandaran minta salinan geran,perjanjian jual beli dan juga salinan borang 14A.borang 14A tu tiada dalam simpanan ayah sy.dan sy ada hubungi lawyer.dia cakap dia pun xde simpan,sebab dia pindah ofis.mungkin terbuang..sy cuma nak tau,borang14A ni mmg diisi masa beli rumah kan?sebab sy tak pasti diorang dah isi belum.masa tu sy kecik lg.
    skrg apa solution yg saya ada utk dapatkan balik borang 14A yg dah diisi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Borang 14a memang wajib diisi baru boleh pindahmilik dibuat dari nama pemaju kepada nama ayah

      2) Salinan 14a boleh dibeli di pej tanah dimana ia didaftarkan. Contoh bagi saya di Perak, kebiasaan untuk geran rumah, adalah geran negeri. Maka urusan pendaftaran geran dibuat di Pej Tanah Galian Ipoh. Salinan 14a boleh dibeli di PTG Ipoh

      Delete
  38. assalamualaikum encik..nak tanya borang 14a yg original kita yg simpan atau pejabat tanah?sebab sya nak keluarkan kwsp akaun 2 utk rumah ke 2 selepas rumah pertama dijual..pihak kwsp minta borang 14a yg original..tp lawyer hnya bg saya yg copy saja..bila tnya lawyer balik pasal ni dia kata borang 14a hnya dberikan copy saja bukan original

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang 14a original akan disimpan oleh pej.tanah.. kalau KWSP perlukan jugak, kena beli salinan borang 14a tersebut dari pej.tanah

      Delete
  39. As'salammualaikum.. Saya ingin bertanya..saya ingin buat pertukaran nama pada bil cukai taksiran yg asalnya nama arwah ayah..segala perkara berhubung pesaka telah selesai. Geran rumah pun dh tukar nama saya.soalannya..masih perlukah saya isi borang 14A..tq

    ReplyDelete
  40. Ini adalah ilmu yang sangat berguna. Terima kasih. God bless you.

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum saya nak tanya... kalau saya dah dftr 14a tapi saya lupa nak fotostat 14a, boleh ke saya nak memohon balik satu salinan 14a tersebut?

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Tuan, nak tanya, saya berminat nak beli tanah dengan pak cik. Boleh ke dua nama dalam borang 14a sebagai pembeli?

    ReplyDelete