Wednesday 30 December 2015

Geran Hilang

Ini antara kes biasa tapi amat2 orang suka nak shortcut. Konon2 Pejabat Tanah boleh main cetak ajer geran baru bila pemilik tanah bagitau geran dema hilang, xtahu mana letak, dan pelbagai lagi 1001 cerita. Hakikatnya hanya satu GERAN sahaja akan dikeluarkan bagi satu lot tanah. Kalau geran tu dah terkoyak, kena conteng, makan dek anai2 sekalipun, bawak ajer apa yang tinggal ke Pejabat Tanah berkenaan dan kami akan mencetak semula geran yang baru. Geran lama tersebut akan kami ambil untuk dimusnahkan. Kalau nak buat kenangan, selpi la dulu ngan geran lama tu..:)

Antara cerita biasa dengar :-
1. Arwah bapak, mak, abang, kakak, adik, suami, isteri, tok long, opah ngah, jiran, dan sewaktu dengannya simpan geran. Tak tahu mana diorang letakkan bla bla bla
2. Geran ada kat bank, pastu bila minta bank kata hilang (suruh bank tu datang buat permohonan geran baru)
3. Rumah terbakar, kereta kena pecah, banjir etc
4. Geran ada kat Pejabat Tanah. Kami xpernah datang ambik. (ni paling aku suka, sebab bila check balik urusan terakhir 10-15 tahun dulu.. ingat pulak dia geran ada kat sini tapi xingat pulak nak datang ambik. Memang pejabat tanah ada simpan tapi itu salinan kami.. salinan korang buat semak ajer kami pegang. Dalam bilik kebal tu ada 85k geran yang perlu kami simpan. SEMAKKK tau SEMAKK

Xkisahla apa cerita sekalipun, tetap kena melalui prosedur yang sama untuk memohon semula geran baru

1 - Kena buat laporan polis di mana2 sahaja balai polis yang korang boleh pergi. Nyatakan dalam laporan tersebut sedikit sebanyak maklumat geran yang hilang. Mukim mana, apa nombor geran / lot.. kalau ini pun xtahu, kena ke pejabat tanah dulu le buat semakan.
2 - Pergi mana2 pejabat tanah dalam Perak dan ambik borang PERMOHONAN MEMBAHARUI HAKMILIK (GERAN) HILANG / ROSAK. (negeri lain mungkin lain nama / borangnya)

nanti awok bagi link untuk download ye....
Dokumen yang wajib disertakan
1 - Salinan ASAL laporan polis
2 - Carian persendirian (beli di Pej. Tanah daerah berkenaan - RM40.00) (carian persendirian & carian rasmi)
3 - Salinan resit cukai tanah tahun semasa (dah berbayar yer, kalau dah bayar tapi resitnya lebuh, pejabat tanah boleh bagikan ajer nombor resit bayarannya)
4 - Surat Akuan setiap pemilik berdaftar / surat mati bagi pemilik yang telah meninggal dunia

No. 4 ni palingggg leceh sebenarnya.. kalau pemiliknya cuma sorang ajer, then senang citer..ni yang pemilik berjela ramainya. Setiap nama yang ada dalam geran tu perlu buat surat akuan sumpah yang menyatakan geran tersebut tiada dalam simpanan mereka. Mana nak carik kalau ada yang dah mati atau xkenal langsung sapa pemilik bersama tu... 

Dah lengkap semua tu, boleh la hantar borang tu ke UNIT PENDAFTARAN TANAH. Seeloknya salah seorang pemilik berdaftar la yang datang. Bayaran yang dikenakan :-

Hakmilik GM / PM - RM 130.00
Hakmilik HSM - RM 120.00

Fail akan dibuka dengan nombor rujukan PDTHP 7 / XXXX. Janganla pulak hilangkan nombor rujukan ni sebab senang nak buat follow up. Biasanya dalam masa 2 minggu ke 1 bulan, kami akan hantar surat untuk sesi siasatan. Semua pemilik berdaftar seperti dalam surat akuan perlu hadir. Bawak bersama KIRIMAN WANG RM31.80 atas nama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (ni untuk bayaran Percetakan Nasional. Warta perlu dicetak dan dipamerkan untuk pemberitahuan. Bukan main print ajer yer geran tu)
Selepas habis tempoh warta barulah geran ganti akan dicetak semula. Keseluruhan proses biasanya ambik 3-6 bulan jugak. Total kos yang akan habis pun dalam RM300 - RM400 jugak la nanti termasuk la kos minyak, masa dan sewaktu dengannya.

silalah jaga geran komer dengan baikkkkk.. 
jenuh weh nak buat balik..


Carian Persendirian & Carian Rasmi

will be update soon