Thursday, 7 January 2016

Pengiraan Duti Setem untuk Pindah Milik Tanah

Atas soalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca, awok pun kena la buat sedikit carian maklumat terlebih dahulu.. Maklumla bab-bab pengiraan duti setem ni bukanla bidang awok, tapi dah kena sipi-sipi ngan urusan pindah milik tanah tu, so kena la ambik tahu jugakkan...

Setiap urusan pindah milik tanah, penerima pindah milik tu akan dikenakan Duti Setem. Duti Setem ini dikira berdasarkan harga tanah yang dinyatakan dalam Borang 14a atau mengikut nilai pasarannya, yang mana lebih tinggi. (Keroje JPPH)

Bila namanya Duti Setem ni dah tentu la keroje Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bila Borang 14a tu dah siap isi, kena la hantar terlebih dahulu ke LHDN. LHDN pulak akan hantar satu salinan ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang akan menilai semula tanah tersebut. Kalau rasa nak letak harga rendah untuk kurangkan Duti Setem, toksah harap ler...hehe

Di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949 (Akta 378), kadar duti dikira seperti berikut :
  • 1% bagi RM100,000 pertama ;
  • 2% bagi RM400,000 berikutnya; dan
  • 3% bagi baki berikutnya.
Pautan dari website LHDN berkaitan Perintah Duti Setem

- Pada tahun 2007 Warta Kerajaan PU(A) 420 (2007) menyatakan pindah milik antara suami kepada isteri dan sebaliknya dikecualikan dari Duti Setem

PU (A) 434 (2002) - Pindah milik antara ibu/bapa kepada anak (vivos transfer) atau senang pahamnya pemberian kasih sayang dikenakan 50% dari nilai Duti Setem yang dikenakan

Nak mudahkan pengiraan, boleh le test kalkulator yang ada kat website JPPH ni :




18 comments:

  1. Kalau pindah milik dari nenek ke cucu kena bayar 100%?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope... LHDN akan beri 50% diskaun sepatutnya

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Pindah milik daripada pakcik kepada anak saudara juga boleh dapat diskaun 50% ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.. diskaun 50% hanya
      1) dari antara ibu bapa kepada anak
      2) datuk/nenek kepada cucu
      3) suami kepada isteri and sebaliknya

      Delete
  3. Pindah milik daripada suami kepada isteri boleh dapat diskaun 50% ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH.. diskaun 50%
      1) dari antara ibu bapa kepada anak
      2) datuk/nenek kepada cucu
      3) suami kepada isteri and sebaliknya

      Delete
  4. pindah milik drpd parents in law ke menantu dpt discount tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.. diskaun 50% hanya
      1) dari antara ibu bapa kepada anak
      2) datuk/nenek kepada cucu
      3) suami kepada isteri and sebaliknya

      Delete
  5. Bolehkah buat rayuan untuk dikurangkan bayaran duti stem diatas sb tidak mampu untuk menjelaskan jumlah bayaran duti stem yg mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mohon.. permohonan rayuan boleh dibuat di LHDN

      Delete
  6. Bagaimana hendak tahu nilai duti setem untuk pindah milik kasih sayang tuan?

    ReplyDelete
  7. Pindahmilik kasih sayang nenek kpd cucu... Cucu bawah umur 18, boleh?

    ReplyDelete
  8. tambah nama isteri dlam geran rumah di caj dikira dgn harga pindah nama dasar kasih sayang ka??

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tn.. masih function ke blog ni? Sy ada sikit kekeliruan tetang pindah milik kasih sayang

    ReplyDelete