Post ni 23/10-2016... hari ni udah 8/2-2017 baru cukup idea/bahan nak terangkan.. nampak beno susahnya pesaka ni kan or mungkin betapa pemalasnya awok..(sapa komen awok malas terus awok delete post ni nanti...ngeeeeee)
Penerangan ringkas pasal pesaka sebab bukannya komer rajin beno nak baca panjang2..
Apa itu Pesaka?
Maksud Pesaka ialah harta-harta peninggalan si mati atau paling mudah segala tanah-tanah, rumah-rumah, factory-factory, ladang-ladang (harta tak alih) dan duit dalam akaun bank, tabung haji, ASB dan kereta motor (harta alih) atas nama si mati. Semua yang tertulis hanya boleh dipindah milik kepada waris melalui proses BICARA KUASA.
Bidang Kuasa
Mahkamah Tinggi (Akta Probate dan Pentadbiran 1959)
- Nilaian harta tak alih atau harta alih atau campuran keduanya melebihi RM 2 juta
- Meninggalkan wasiat walaupun nilaian < RM 2 juta
Pej. Tanah (Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
- Nilaian harta tak alih sahaja atau campuran harta alih kurang dari RM 2 juta
- Tiada wasiat
Amanah Raya Berhad (Akta Perbadanan ARB 1995)
- Si mati hanya memiliki harta alih sahaja
- Nilaian kurang < RM 600,000.00
Saya cuma akan tumpu pada berkaitan Pejabat Tanah sahaja... Untuk prosedur di Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad tengokla kalau ada kerajinan.
Bicara Kuasa di Pejabat Tanah
SEK. 3(2) AKTA 98
- Harta simati yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian harta tak alih, yang terletak dalam mana-mana negeri dan nilaiannya tidak melebihi RM 2 JUTA
- Simati tidak meninggalkan wasiat dibawah Akta Wasiat 1959
Maknanya, kalau si mati ada 10 hektar tanah atau 10 ekar tanah atau 1 ekar tanah atau 2' x 3' x 7' sekalipun, asalkan nama si mati ada tertulis dalam geran di mana-mana negeri dalam Malaysia, maka waris-waris beliau boleh memohon untuk proses bicara kuasa di mana-mana pejabat tanah.
Maksud mana-mana, andai si mati ada tanah di Perak, Johor dan Perlis, maka waris boleh mengumpulkan semua maklumat tanah di negeri-negeri berkenaan dan buat bicara kuasa di mana-mana daerah terletaknya tanah tersebut di antara 3 negeri.
Contoh : Arwah ayah ada tanah
di Perak 1/4 ekar (Daerah Hilir Perak)
di Johor 100 hektar (kaya-kaya)
di Perlis 50 hektar (dah rupa satu Perlis ayah dia punya)
Permohonan bicara kuasa boleh dikumpulkan dan dibuat di Perak (Daerah Hilir Perak)
Kalau ada yang tanya saya "Arwah ayah ada tanah kat Perak, Johor dan Perlis tapiiiiii saya nak buat kat Pahang sebab rumah saya sebelah Pejabat Tanah saja"
Jawapan saya, "BOLEHHHHHH, tapi kamu kena la suruh arwah ayah kamu beli dulu tanah kat Pahang sebelum dia meninggal"... Kira nak senang kamuuuu ajer... cer belajar ikut peraturan sikit, penat tau nak karang ayat. Fahamkan camana.. so NEXT step pasal permohonan pulak.
Sapa yang boleh memohon
Antara orang yang berhak memohon untuk pesaka ni...
1 - Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan,
ibu atau bapa,
2 - Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
3 - Pemiutang dan pengkaveat;
4 - Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
5 - Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
6 - Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
7 - Amanah Raya Berhad .
Cara membuat permohonan
Nak mohon untuk pesaka kecil ni kena la isi Borang A (nanti awok bagi link untuk cara isi)
Setiap permohonan WAJIB sertakan :
1 - Bukti Kematian
Borang A dan cara nak ngisinya pulak... sambunggggggg

i) Sijil kematian/permit menguburkan; atau
ii) Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan
jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan
Jepun dan sebelumnya; atau
jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan
Jepun dan sebelumnya; atau
iii) Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa
pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh
berlakunya kejadian.
(Bukti kematian ni selaluuuuu sangat orang bagi alasan dah hilang bagai, udah 15 tahun arwah meninggal baru terhegeh nak buat pesaka dan paling best udah kata pejabat tanah banyak cengkadak nak itu ini... waris sepesis camni elok dia yang gantikan tempat arwah tu)
Antara cara nak dapatkan bukti kematian (bagi yang dalam 10-15 tahun meninggal ni, boleh cuba dapatkan dari Jabatan Pendaftaran Negara sebab bila sapa-sapa meninggal dunia, kan ada borang yang perlu dihantar kat JPN tu.. soo mungkin mereka boleh bantu dari segi itu)

2 - Dokumen Harta Tak Alih
i) Salinan hakmilik (geran) yang diakui sah oleh Pejabat Tanah
ii) Perakuan Carian Persendirian / Rasmi yang menunjukkan pegangan
harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang
belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi
kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit
cukai tanah (jika ada).
(Carian Persendirian / Rasmi ni kena beli dari Pejabat Tanah di mana tanah tersebut berada. Kalau ada tanah di Perak (Daerah Hilir Perak) dan Johor (Daerah Mersing), kena la pergi dua-dua tempat ni untuk beli Carian Persendirian / Rasmi. Harga dokumen ni berbeza ikut negeri jadi tepon la dulu daerah berkenaan. Nombor tepon boleh dapatkan dari www.google.com ruangan SEARCH sendiri)
3 - Salinan dokumen harta
i) Harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan,
salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya
yang terkini.

No comments:
Post a Comment