urusantanah
Tuesday, 9 May 2023
Friday, 18 December 2020
Monday, 30 November 2020
Assalamualaikum.. lama dah saya tak update post dalam blog ni.. Ni saya nak share video ringkas tentang maklumat dan info yang terkandung dalam sekeping geran tanah. Banyak sebenarnya maklumat atau cerita yang terkandung dalam sekeping geran yang ramai orang terlepas pandang. Enjoy the video, kalau ada sebarang kemusykilan, boleh komen dan insyaAllah saya akan jawab semampunya... Like and Share yer..
Monday, 16 December 2019
HIBAH VS KTN
Hibah
Hibah tu ambik dari bahasa Arab da.. Kalau ikut maksud mudahnya, pemberian atau hadiah harta atas nama komer (rumah/tanah) kepada sapa2 yg nak kita bagi ler. Sebab dasar hibah ni sebagai hadiah, biasanya kita bagi pada ibu bapa, tok nenek, laki bini, anak2 or kalangan family atas dasar kasih sayang dan tanpa apa2 balasan. Ajer baik hati sesangat la nak bagi harta benda komer kat jiran/kawan/bff forever. Hibah ni dibuat waktu komer MASIH HIDUP.. kalau dah arwah, tu lain ceritanya (PESAKA)
.
Syarat2 Hibah
Pemilik harta, Penerima harta, Barang/Harta yang nak dibagi, Akad
.
Kalau komer xberapa jelas, pergi la google pasal hibah ni.. banyak artikel berkaitan. Lagipun awok bukan nak panjang lebar bab ni.. Sebab komer bagi la dalil apa pun bab hibah ni, SEMUANYA XBERGUNA kalau komer TAK IKUT KANUN TANAH NEGARA SEKSYEN 215, 217 & 218
KTN Seksyen 215, 217 & 218
Kanun Tanah Negara 215, 217 & 218 menyatakan bahawa PINDAHMILIK (PMT) mana-mana tanah berimilik di bawah Akta ini hendaklah dikuatkuasakan melalui satu instrumen menggunakan Borang 14A
.
Syarat2 PMT
Pemilik Harta, Penerima Harta, Tanah/Rumah yang nak dibagi, Borang 14A (instrumen)
Beza antara hibah dan KTN hanya pada Akad(hibah) dan 14A (KTN). Walaupun nampak cuma beza tang situ jer, tapi perbezaan umpama langit dan bumi. Dalam apa2 artikel berkaitan hibah, yang awok jumpa cuma pemahaman asas jer bab pemberian harta, xde satu pun mention pasal camana kaedah sebenar pemberian tersebut dibuat terutama dari segi undang2 tanah yang digunapakai di Malaysia. Semua cuma tulis dalil2, hadis2 tapi tidak menyentuh KTN.
.
Ini secara langsung memberi pemahaman yang salah bahawa pemberian harta (tanah/rumah) boleh dibuat camtu saja.. Sekadar akad antara bapa dan anak "Aku bagi rumah ni pada abang kamu, tanah A pada kamu, tanah B pada kakak kamu" dannnnnnn its done.. Hibah telah berlaku. Dan datang pejabat tanah terus suruh tukar geran masukkan nama kamu, nama abang, nama kakak menggantikan nama ayah.
.
KIRIM SALAMMMMM LA IF SEMUDAH ITU...
Nahhhhhh isi Borang 14A.. Mujur ayah masih hidup so boleh la dibetulkan.. If ayah dah meninggal??? Nahhhhh Borang A, buat urusan PESAKA..
#urusantanah101
#sembang2kaunter
#pemudahcara
#ceritapasaltanah
#bukancopypaste

Tuesday, 10 December 2019
BORANG & PERINTAH - URUSAN BICARA KUASA
Borang & Perintah yang digunapakai dalam URUSAN BICARA KUASA
BORANG
========
Borang A
-Permohonan untuk bicara kuasa
Borang AA
- Menggantikan pempetisyen. Pempetisyen meninggal dunia etc.
Borang P
- Permohonan ulang bicara (harta tertinggal/tarik balik amanah/tarik status pentadbir etc)
Borang DDA
- Persetujuan / Wakil diri (tidak hadir waktu bicara)
Borang S
- Notis panggilan bicara. Ada tarikh, masa dan tempat
PERINTAH
=========
Dikeluarkan 2 - 4 minggu selepas selesai bicara
Borang E - Bicara selesai. Pergi la daftar perintah tu kat Pejabat Tanah dan sebagainya
Borang F - Surat kuasa mentadbir (maknanya bicara kuasa tidak selesai sebab ada waris2 yg tidak hadir, bukannya bagi tanah tu utk komer tadbir plak.. kena buat ulang bicara (Borang P) bersama waris2 yg tidak hadir. Kalau idak, sampai sudah sangkut tanah tu
Borang H - Lantikan penjaga / pemegang amanah sebab ada waris yg belum cukup umur maka salah sorang waris yg cukup umur akan dilantik sebagai pemegang amanah. Ulang bicara perlu dibuat bila waris telah cukup umur (Borang P)
Borang HH - Arahan kaveat bahagian waris yg belum cukup umur (diberi bersekali dengan Borang H)
Borang T - Ulang bicara selesai. Sama fungsi macam Borang E. Pergi daftarkan perintah di Pejabat Tanah yg berkenaan.
Rasanya ni jer borang2 yg digunapakai.. walaupun PERINTAH, tapi masih tertulis BORANG jugak.. so toksah tanya pasai apa sebab memang awok pun xtahu dan xambil peduli pun.. toksah komer plak sibuk bab remeh tu
Nak beli rumah / tanah??
Nak jual rumah / tanah??
Nak tanya pasal urusan tanah??
Nak tanya pasal urusan pesaka??
Perlukan khidmat utk urusan pindahmilik / pesaka??
Wassap - 016-5234784
#urusantanah101
#urusanpesaka101
#pemudahcara
Tuesday, 6 March 2018
2018 - Cer kabo komer nak tahu pasal apa
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.. Ropanya dah masuk bulan 3 dah pun tahun 2018.. last awok update blog ni pun bulan disember 2017.. memang berhabuk jadinya.. tapi tengok kat statistik pengunjung, makin meningkat, kiranya kandungan blog ni masih berguna la yer...
So awok sekadar nak tahu ler kan... apa urusan tanah yang komer nak tahu, urusan apa komer perlukan penerangan lebih lanjut, atau komer jenuh mencari maklumat tapi idok jumpa...
Cer kabo kot2 awok ingat benda tu mudah ajer tapi ropanya ramai yang tak tahu... boleh la awok tulis2 kat blog ni nanti.
Satu lagi.. isu email tu masih belum diselesaikan.. nampak beno jahilnya pasal kerojer memblog ni. Kot2 ada yang expert pasal blog ni, boleh ke bagi bantuan?
Dan, ni memang saja carik sebab nak letupkan henpon...kot2 ada yang terasa perlu bantuan SEGERA takut kena tipu, kena ngecek semasa menjalankan urusan tanah atau masalah2 yang xboleh tulis kat ruang komen (hal pertikaian keluarga bagai), boleh WASSAP awok di 016-5234784...wassap ajer tau sebab awok memang XKAN angkat nombor2 yang awok xkenal dan awok pun banyak kerojer lain lagi. Pastu jangan la pulak ingat awok akan jawap ON D SPOT.. pun ikut rajin la jugak yer...
Subscribe to:
Posts (Atom)