Monday 16 December 2019

HIBAH VS KTN

Hibah

Hibah tu ambik dari bahasa Arab da.. Kalau ikut maksud mudahnya, pemberian atau hadiah harta atas nama komer (rumah/tanah) kepada sapa2 yg nak kita bagi ler. Sebab dasar hibah ni sebagai hadiah, biasanya kita bagi pada ibu bapa, tok nenek, laki bini, anak2 or kalangan family atas dasar kasih sayang dan tanpa apa2 balasan. Ajer baik hati sesangat la nak bagi harta benda komer kat jiran/kawan/bff forever. Hibah ni dibuat waktu komer MASIH HIDUP.. kalau dah arwah, tu lain ceritanya (PESAKA)
.
Syarat2 Hibah
Pemilik harta, Penerima harta, Barang/Harta yang nak dibagi, Akad
.
Kalau komer xberapa jelas, pergi la google pasal hibah ni.. banyak artikel berkaitan. Lagipun awok bukan nak panjang lebar bab ni.. Sebab komer bagi la dalil apa pun bab hibah ni, SEMUANYA XBERGUNA kalau komer TAK IKUT KANUN TANAH NEGARA SEKSYEN 215, 217 & 218

KTN Seksyen 215, 217 & 218

Kanun Tanah Negara 215, 217 & 218 menyatakan bahawa PINDAHMILIK (PMT) mana-mana tanah berimilik di bawah Akta ini hendaklah dikuatkuasakan melalui satu instrumen menggunakan Borang 14A
.
Syarat2 PMT
Pemilik Harta, Penerima Harta, Tanah/Rumah yang nak dibagi, Borang 14A (instrumen)

Beza antara hibah dan KTN hanya pada Akad(hibah) dan 14A (KTN). Walaupun nampak cuma beza tang situ jer, tapi perbezaan umpama langit dan bumi. Dalam apa2 artikel berkaitan hibah, yang awok jumpa cuma pemahaman asas jer bab pemberian harta, xde satu pun mention pasal camana kaedah sebenar pemberian tersebut dibuat terutama dari segi undang2 tanah yang digunapakai di Malaysia. Semua cuma tulis dalil2, hadis2 tapi tidak menyentuh KTN.
.
Ini secara langsung memberi pemahaman yang salah bahawa pemberian harta (tanah/rumah) boleh dibuat camtu saja.. Sekadar akad antara bapa dan anak "Aku bagi rumah ni pada abang kamu, tanah A pada kamu, tanah B pada kakak kamu" dannnnnnn its done.. Hibah telah berlaku. Dan datang pejabat tanah terus suruh tukar geran masukkan nama kamu, nama abang, nama kakak menggantikan nama ayah.
.
KIRIM SALAMMMMM LA IF SEMUDAH ITU...
Nahhhhhh isi Borang 14A.. Mujur ayah masih hidup so boleh la dibetulkan.. If ayah dah meninggal??? Nahhhhh Borang A, buat urusan PESAKA..

#urusantanah101
#sembang2kaunter
#pemudahcara
#ceritapasaltanah
#bukancopypaste

3 comments:

  1. Berguna ilmu dr blog ni. Tp dah lama x update. Sy nak cr info pasal rumah sy sekarang masih loan dgn bank. Snp 2 nama. Suami nak suh tuka kat snp dr 2 nama pd nama sy shj. Mcm mana processnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sebab lama xde update... tapi still info dalam ni masih relevan...

      Utk soalan puan.. sebab rumah masih dalam loan, yang penting sekali kena tanya dengan bank. Nama bersama maksudnya combine loan, jadi bila nak buat sebarang perubahan, perlu tukar dari combine loan kepada satu loan (1 nama).. rujuk dengan pihak bank terlebih dahulu

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete