Alang2 awok ada masa ngan rajin (itu yang iyernya), awok sediakan pengiraan dengan 3 contoh dari senang sampai la yang agak rumit
Nak tahu keluasan tanah boleh rujuk geran masing2 atau tengok balik Part 1
Contoh 1
Keluasan tanah - 4 ekar
Pemilik
A - 1/2
B - 1/2
Maknanya sorang 2 ekar le kan
Pemilik
A - 1/4
B - 1/4
C - 1/2
Maknanya pemilik A dan B sorang 1 ekar dan pemilik C ada 2 ekar
Senang ajer kannnnnnn.... kalau pecahan camni pun fail lagi, memang nangis la cikgu matematik komer kat sekolah tu..
Jom kita ke bahagian yang mencabar sikit..
Contoh 2
Keluasan tanah - 5 ekar 1 rod 35 pole @ 5.4687 ekar
Pemilik
A - 2/6
B - 1/4
C - 1/6
D - 1/14
E - 5/28
Langkah 1
a) Tukarkan dari keluasan dalam ekar kepada pole
1 ekar = 160 pole
1 rod = 40 pole
untuk contoh di atas,
[5(ekar) x 160] + [1(rod) x 40] + 35 pole = 875 pole
b) Dalam mana2 soalan berkaitan pecahan, pembawah dalam pecahan kena disamakan dahulu sebelum apa2 langkah "+" atau "-" boleh dibuat. Jadi..
Pemilik Pengiraan Luas dalam ekar ( x 0.00625)
A - 56/168 [56 x 875] / 168 = 291.67 pole 1.8229
B - 42/168 [42 x 875] / 168 = 218.75 pole 1.3672
C - 28/168 [28 x 875] / 168 = 145.83 pole 0.9114
D - 12/168 [12 x 875] / 168 = 62.5 pole 0.3906
E - 30/168 [30 x 875] / 168 = 156.25 pole 0.9766
---------- --------------- ----------
168/168 875 pole 5.4687 ekar
====== ========= ======
Contoh 3
Keluasan tanah - 9 ekar 2 rod 24 pole @ 9.650 ekar @ 3.9052 hektar
Pemilik
A - 7/216
B - 7/108
C - 7/108
D - 7/216
E - 1/8
F - 49/72
Langkah 1
a) Tukarkan dari keluasan dalam ekar kepada pole
1 ekar = 160 pole
1 rod = 40 pole
untuk contoh di atas,
[9(ekar) x 160] + [2(rod) x 40] + 24 pole = 1544 pole
b) Dalam mana2 soalan berkaitan pecahan, pembawah dalam pecahan kena disamakan dahulu sebelum apa2 langkah "+" atau "-" boleh dibuat. Jadi..
Pemilik Pengiraan Luas dalam ekar ( x 0.00625)
A - 7/216 [7 x 1544] / 216 = 50.04 pole 0.3128
B - 14/216 [14 x 1544] / 216 = 100.07 pole 0.6254
C - 14/216 [14 x 1544] / 216 = 100.07 pole 0.6254
D - 7/216 [7 x 1544] / 216 = 50.04 pole 0.3128
E - 27/216 [27 x 1544] / 216 = 193 pole 1.2063
F - 147/216 [147 x 1544] / 216 = 1050.78 pole 6.5672
----------- ---------------- ---------
216/216 1544 pole 9.6499 @ 9.65 ekar
====== ========== ======
Cukup la kot dulu yer.. rasanya dah habis detail awok susun. Kalau rasa2 ada yang xberapa faham tu, komen ajer kat bawah tu yer.. nanti bila2 awok senang, insyaAllah awok jawabkan..
Selamat MENGIRA KELUASAN MASING2
salam..sy dlm proses beli tanah 1ekar pertanian di kampung rm60k..persoalan sy misal kata sy nk buat jual lot boleh ke?berapa pecahan yg dpt sekiranya sy nk buat jualan semula tanah 1ekar td dan mnimum size lot brapa sqft ya?dan brapa lot boleh dpt pecahan dlm 1 ekar..terima kasih
ReplyDeletewaslam.. maaf saya xmahir bab2 pecahan lot lidi ni... lagipun as staff pejabat tanah, saya TIDAK SETUJU pasal lot lidi.. banyak masalah kepada buyer dan kepada tuan nanti..:)
Delete53/395 bape ekar ye tuan...dari luat lot 1.4999 hektar
ReplyDeleteSalam. Sy nk tnya..keluasan tanah 3 ekar 3 rood 10 pole dan nak letak 3 nama pembeli. Mcm mana nk kira brp bhgn setiap seorang dapat?
ReplyDeleteAdakah kita hanya perlu letak 1/3 bhgn kpd setiap pembeli dlm Mot? Urgent.
Deletesalam tuan macamana pula cara pengiraan sekiranya dalam satu geran ada banyak nama tapi salah seorang penama nak bg kpd 2 penama baru....cth tanah luas 1.9223 hektar, penama 5153/9660...nak bagi 2 penama macamana cara kira dan berapa pecahan sorang dapat jika dibagi sama rata
ReplyDelete