Selepas selesai mengisi Borang 14A tu, tibalah masa untuk menghantarnya untuk proses berikutnya. Post kali ni adalah untuk menerangkan prosedur2 yang perlu dilalui. Bagi yang belum tahu camna nak isi Borang 14A ni boleh la clik disini disini disini
Langkah 1
Bawa Borang 14A tu ke Unit Pendaftaran Tanah. Bayaran RM10.00 akan dikenakan sebagai Bayaran Penyaksian. Selepas tu, pendaftaran dalam SISTEM SELAMAT akan dibuat untuk pemilik asal sahaja. Settle disitu, baru dibawak jumpa Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa untuk LANGKAH 2
Langkah 2
Semua ruangan TARIKH, TANDATANGAN yang aku mintak dikosongkan, akan disempurnakan di hadapan Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa
Untuk memudahkan kerojer, PEMILIK ASAL DAN BAKAL2 PEMILIK BARU ada bersama untuk sama2 tandatangan. Tak payah nak 2-3 kali kerojer..banyak benda lain boleh buat.
Dokumen yang perlu dibawa bersama -
Kad pengenalan semua yang terlibat ( WAJIBBBBBB)
Geran Tanah ( ASAL ataupun SALINAN )
Kebiasaannya lepas selesai tandatangan ni, urusan seterusnya akan dibuat oleh BAKAL PEMILIK BARU.
- sekadar makluman. Borang 14A xde tarikh luput. Bila Pentadbir Tanah @ Pegawai yang diberi kuasa tulis tarikh kat Borang 14A tu, korang ada 3 bulan untuk serahkan balik borang tu ke Unit Pendaftaran Tanah. Gagal berbuat demikian, PENALTI satu kali ganda bayaran pindahmilik akan dikenakan dan maksimum 5x PENALTI (15 bulan korang perap borang tu)
Langkah 3
Ramai yang anggap lepas selesai tandatangan tu, kiranya PINDAHMILIK TANAH dah selesai… kirim salam dah selesai…
Fotostat - Kad Pengenalan semua yang terlibat
- Geran tanah
- Surat beranak (kalau pemberian kasih sayang)
- Borang 14A
Seterusnya jom melawat LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI. Di Teluk Intan, LHDN tu kira sepelaung ajer jauhnya..:)
Nilai Taksiran | Peratusan Duti Setem |
---|---|
RM 100,000 pertama | 1% |
RM 100,001 hingga 500,000 | 2% |
RM 500,001 dan selebihnya | 3% |
Biasanya proses ni akan ambik masa 2 minggu. Notis Taksiran akan diposkan dan bayaran duti setem berdasarkan Nilai Taksiran ( rujuk Jadual 1 dan kira sendiri )
Langkah 4
Lagi tinggi nilai tanah, lagi sakitttttttttt nak bayo kat LHDN tu. Dah rabak poket kat LHDN, bawak Notis Taksiran dan semua dokumen tu dan datang balik ke Unit Pendaftaran Pejabat Tanah. Barulah proses PINDAHMILIK yang betul2 dan sebenarnya akan dibuat
Dokumen yang diperlukan : WAJIBBBBBBBB ada
- Borang 14A yang original
- Geran Tanah ( Original dan bukan fotostat )
- Notis Taksiran dan resit bayaran
- Salinan Cukai Tanah Tahun SEMASA yang sudah dijelaskan
- Salinan Cukai Pintu yang telah dijelaskan ( Hilir Perak belum 100% gunapakai)
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Asal & Pemilik Baru
- Kad Pengenalan orang yang membawa Borang 14A
Dokumen Khas untuk kes tertentu
- Surat Kebenaran Menteri Besar - akan dijelaskan kemudian
- Surat Pemegang Amanah – jika melibatkan bahagian tanah tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur
Yang bawah ni sekadar makluman. Biasanya melibatkan syarikat guaman
- Surat Kebenaran Pemegang Gadaian
- Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah – jika melibatkan kuasa tertentu- Surat Kebenaran Pemegang Gadaian – jika melibatkan hartanah yang masih digadai
- Surat Kebenaran Pemegang Kaveat – jika melibatkan hartanah yang ada sekatan kaveat- Jika pindakmilik melibatkan hartanah syarikat – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), memorandum serta article.
- Jika pindakmilik melibatkan pertubuhan – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK, Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan.
Borang 14A berserta dengan semua dokumen sokongan tersebut akan diproses. Bayaran PENDAFTARAN PINDAHMILIK akan dikenakan. Bayaran pendaftaran untuk pindahmilik tanah adalah berdasarkan nilaian tanah dalam Notis Taksiran yang LHDN bagi tu dan kadar bayaran yang ditetapkan dalam jadual di bawah:-
JUMLAH NILAIAN (RM) KADAR (RM)
0-30,000 50
30,001-50,000 80
50,001-100,000 150
100,001-150,000 250
150,001-200,000 300
200,001-250,000 350
250,001-300,000 400
300,001-500,000 0.15%
500,001 ke atas 0.20%
"KENA BAYAR LAGI???!!! TADI DAH BAYAR BERATUS KAT LHDN"….
Ini antara ayat standard yang biasa aku dengar tiap2 hari
dan
jawapan standard aku pulak
"ITU UTK BAYAR BONUS LHDN…KAMI KAT PEJABAT TANAH NI PUN NAK GAK MERASA BONUS 12 BULAN"…keep dreaming
pongpang pongpang bertekak, BORANG 14A tu pun akan diproses dan nama orang yang menyerahkan borang tu akan direkod dalam SISTEM SELAMAT. Borang 14A akan dihantar ke belakang tabir utk proses kemasukan nama dan sebagainya.
LANGKAH 5
"BILA BOLEH AMBIK GERAN???!!!"
BESOK BOLEH AMBIK GERANNNNNNNNN… CEPAT AJER KANNNNNN…
Selamat Memindah Milik Tanah…PEACE